Wilayah di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Wilayah
Wilayah
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Jepun terdiri daripada 47 wilayah (prefektur), iaitu sebuah "metropolis" ( to?, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" ( ?, iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur ( fu?, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa ( ken?). Di Jepun, kesemua wilayah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai todōfuken (都道府県?) iaitu gabungan kesemua wilayah (to-dō-fu-ken). Wilayah merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.

Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (知事 chiji?). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.

Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah ( shi?) dan daerah ( gun?). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan ( chō / machi?) dan kampung ( son / mura?). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (支庁 shichō?) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.

Latar belakang sejarah[sunting | sunting sumber]

Sistem yang digunakan pada hari ini merupakan sebuah sistem yang dibentuk semasa Kerajaan Meiji pada bulan Julai 1871 berserta Pemansuhan Sistem Han dan pembentukan sistem wilayah (廃藩置県 haihan-chiken?). Walaupun pada asalnya terdapat lebih daripada 300 wilayah, kebanyakkan adalah bekas kawasan han, yang akhirnya bilangan ini telah dikurangkan kepada 72 buah wilayah kemudiannya pada tahun yang sama. Pada tahun 1888, bilangan wilayah ini telah dikurangkan lagi kepada 47 buah wilayah. Undang-undang Autonomi Tempatan tahun 1947 telah memberikan kuasa yang lebih besar dalam politik dan membentuk gabenor wilayah dan parlimen wilayah.

Pada tahun 2003, Perdana Menteri Junichiro Koizumi telah mencadangkan bahawa wilayah yang ada diperkukuhkan lagi dengan mengubah kepada 10 buah kawasan negeri. Rancangan yang dikemukan adalah bertujuan setiap kawasan mempunyai kuasa autonomi yang lebih kuat daripada sebelum ini.[1] Proses ini akan menyebabkan bilangan kawasan pentadbiran subwilayah dikurangkan dan kos pentadbiran dapat dikurangkan.[2] Kerajaan Jepun juga mempertimbangkan cadangan tentang bagaimana beberapa kelompok wilayah ini akan digabungkan, membuat bahagian pentadbiran subnasional yang mengandungi antara 9 dan 13 buah negeri dan memberikan negeri-negeri ini lebih kuasa autonomi temapatan berbanding sebelum ini. Sehingga September 2009, tiada pengorgasiaan semula telah dibuat.

Jenis-jenis wilayah[sunting | sunting sumber]

To, , fu, dan ken hanya berbeza dari segi namanya disebabkan oleh sejarahnya tersendirinya. Sejak tahun 1947, kesemuanya tidak dapat dibezakan dari segi pentadbiran. Kebiasaannya, wilayah-wilayah ini hanya dipanggil dengan nama di depannya sahaja seperti Tokyo (tanpa penambahan pengakhiran seperti Tokyo-to) akan tetapi berbeza pula bagi Hokkaidō yang disebut penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan To, , fu, dan ken akan digunakan apabila diperlukan bagi membezakan antara wilayah dan bandar yang mempunyai nama yang sama. Sebagai contoh, Hiroshima-ken adalah nama dalam Jepun bagi wilayah Hiroshima, manakala Hiroshima-shi merupakan nama bagi bandar besarnya.

Fu (Osaka/Kyoto) dan Ken[sunting | sunting sumber]

Semasa zaman Edo, Bakufu (juga dikenali sebagai Tokugawa Shougunate) membentuk zon peraturan bugyō (奉行支配地?) di 9 bandar besar Jepun dan 302 zon peraturan bandar (郡代支配地?) di tempat-tempat lain. Apabila kerajaan Meiji mula membentuk sistem wilayah pada tahun 1868 semasa tahun pertama zaman Meiji, 9 bandar besar dibawah zon peraturan bugyō menjadi fu, manakala zon peraturan bandar dan lain-lain kawasan dibawah zon peraturan bugyō dikenali sebagai ken. Pada tahun 1871, menjadikan Tokyo, Osaka dan Kyoto sebagai fu, manakala fu yang selebihnya diturunkan statusnya kepada ken. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, Tokyo ditukar kepada to, sejenis wilayah yang baharu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, undang-undang yang diamalkan di fu dan ken adalah berbeza, tetapi perbezaan ini dimansuhkan selepas peperangan dan sehingga kini 2 jenis wilayah ini masih mempunyai fungsi yang sama. Walaupun terdapat perbezaan dari segi sebutan antara fu dan ken, akan tetapi tiada perbezaan antara kedua-duanya dan biasanya dipanggil dengan nama “wilayah” (seperti wilayah Osaka, wilayah Yokohama)

Hokkaidō- [sunting | sunting sumber]

Perkataan disini pada asalnya merujuk kepada kawasan di Jepun seperti Tōkaidō dan Saikaidō, yang terdapat beberapa kawasan wilayah-wilayah kecil. Perkataan disini di ambil daripada huruf kanji yang bermaksud “jalan” dan dipercayai telah diduduki sejak Empayar Temmu lagi.

Hokkaidō, merupakan satu yang hanya tinggal pada hari ini, tetapi bukannya salah satu daripada 7 yang asal pada suatu ketika dahulu (dimana ianya dikenali sebagai Ezo sebelum era kemodenan). Nama Hokkaidō pada masa kini dipercayai berasal daripada seseorang pengembara Jepun yang pertama datang ke pulau tersebut, Matsuura Takeshiro. Disebabkan Hokkaidō dikatakan tidak sesuai untuk dimasukkan kedalam senarai yang ada, maka yang baru telah dicipta dalam senarai yang lain.

Kerajaan Meiji pada asalnya menklasifikasikan Hokkaidō sebagai sebuah “Penempatan Utusan” (開拓使 kaitakushi), dan kemudiannya membahagikan pulau tersebut kepada 3 wilayah (Sapporo, Hakodate dan Nemuro) dan kemudian pada tahun 1886 ianya diperkukuhkan lagi dengan pembentukkan sebuah wilayah Hokkaidō. Akhiran –ken tidak pernah ditambah pada akhirnya, tetapi diguna akhiran – yang bermaksud “wilayah”

Disebabkan Hokkaidō terpisah dengan tempat lain, maka hubungan pengangkutan di pulau tersebut tidak membangun dengan baik. Oleh sebab itu, wilayah tersebut dipisahkan kepada beberapa bahagian "subwilayah" (支庁 shichō?) yang boleh membantu kerajaan wilayah dalam urusan pentadbiran disamping memantau pembangunan di Hokkaidō. Kesemua subwilayah ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini, walaupun mereka mempunyai kuasa yang sedikit berbanding dengan apa yang mereka pernah ada sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua berlangsung. Kesemua subwilayah ini berfungsi sebagai mengendalikan kertas kerja dan fungsi-fungsi lain dalam jabatan birokrasi.

Walaupun “Wilayah Hokkaidō” sekali-sekala digunakan bagi membezakan antara kerajaan dengan kerajaan di pulau tersebut. Kerajaan di wilayah Hokkaidō lebih suka menggunakan perkataan “Kerajaan Hokkaidō” berbanding dengan “Kerajaan Wilayah Hokkaidō”

Bandar terbesar dan ibu negara wilayah Hokkaidō ialah Sapporo, iaitu bandar kelima terbesar di Jepun. Bandar besar lain termasuklah Hakodate.

Tokyo- to[sunting | sunting sumber]

Tokyo merupakan to yang satu di Jepun. Selepasa daripada pemansuhan sistem han, Tokyo-fu (sebuah bandar wilayah seperti Kyoto dan Osaka) terbahagi kepada beberapa buah bandar, Bandaraya Tokyo merupakan antara bandar yang terbesar. Bandaraya Tokyo dibahagikan kepada 15 buah wilayah Wad.

Pada tahun 1943, Bandaraya Tokyo telah dimansuhkan Tokyo-fu menjadi Tokyo-to, dan wilayah-wilayah wad Tokyo menjadi wilayah wad istimewa, penguatkuasa tempatan juga turun daripada wilayah hieraki, setiap wilayah wad memilih sendiri perhimpunan (kugikai) dan Dato’ Bandar (kucho) mereka. Bilangan kampung di luar bandar bagi Bandaraya Tokyo telah ditukar kepada wad, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 35 wilayah wad.

Sebab kenapa pengorganisasian semula ini dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran di sekeliling ibu negara dengan mengurangkan tingkat kuasa yang ada di Tokyo. Kerajaan pusat inginkan sebuah kuasa penuh keatas Tokyo akibat daripada kedudukan Jepun yang merosot semasa Perang Dunia Kedua dan juga kecemasan (peperangan) yang berlaku di metropolis tersebut.

Selepas peperangan, Jepun sekali lagi dipaksa agar mengagihkan kuasa pusatnya, berikutan daripada Deklarasi Postdam. Banyak sifat-sifat istimewa kerajaan Tokyo yang wujud pada ketika itu hilang selepas peperangan, dan bilangan wilayah wad menigkatkat lagi status wilayah perbandaran pada dekad itu selepas daripada menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, pentadbiran di peringkat wilayah wad tidak dapat dibezakan lagi daripada wilayah perbandaran yang lain.

Pembentukkan semula selepas dari Perang Dunia Kedua juga telah membawa kepada perubahan peta Tokyo dengan banyak sekali. Pada tahun 1947, 35 wilayah wad disusun semula menjadi 23 buah wilayah wad istimewa, ini disebabkan oleh ramai yang telah terbunuh semasa pengeboman semasa peperangan tercetus, mereka yang terselamat telah berpindah ke tempat lain dan mereka yang dijadikan sebagai tenaga kerah tidak pulang kembali.

Terdapat beberapa perbezaan istilah antara Tokyo dan wilayah-wilayah yang lain. Sebagai contoh, jabatan polis dan bomba dikenali sebagai chō (庁) berbanding dengan honbu (本部) yang digunakan ditempat lain. Walau bagaimanapun, fungsi yang berbeza antara Tokyo-to da wilayah-wilayah yang lain ialah cara pengurusan wilayah wad dan juga bandar-bandar. Hari ini, disebabkan oleh wilayah wad istimewa ini mampu berdiri sendiri seperti bandar-bandar lain di Jepun, perbezaan dari segi pentadbiran antara Tokyo dan wilayah-wilayah yang lain dilihat tidak banyak jurang perbezaan. (Lihat 23 wilayah wad istimewa sebagai lanjutan).

Kerajaan Jepun masih menganggap Tokyo-to sebagai “Metropolis Tokyo” bagi kebanyakkan perkara, dan kerajaan Jepun menggunakan nama rasmi bagi Tokyo ialah “Kerajana Metropolis Tokyo”. Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat masih menggelar Tokyo sebagai Tokyo-to iaitu “Wilayah Tokyo”

Senarai wilayah Jepun[sunting | sunting sumber]

Senarai wilayah Jepun mengikut susunan ISO[sunting | sunting sumber]

Wilayah-wilayah ini juga dikelompokkan mengikut kawasan. Kawasan-kawasan ini tidak ditetapkan dengan lebih terperinci, tidak mempunyai pilihan rasmi mahupun sebuah badan korporat. Bagaimana pun, mereka mengamalkan pemerintahan berdasarkan lokasi geografi. Dari utara hingga ke selatan (di nomborkan mengikut susunan ISO 3166-2:JP), antara wilayah Jepun serta kawasan yang berkaitan adalah seperti berikut:

Hokkaidō

1. Hokkaidō

Tōhoku

2. Aomori
3. Iwate
4. Miyagi
5. Akita
6. Yamagata
7. Fukushima

Kantō

8. Ibaraki
9. Tochigi
10. Gunma
11. Saitama
12. Chiba
13. Tokyo
14. Kanagawa

Chūbu

15. Niigata
16. Toyama
17. Ishikawa
18. Fukui
19. Yamanashi
20. Nagano
21. Gifu
22. Shizuoka
23. Aichi

Kansai

24. Mie
25. Shiga
26. Kyoto
27. Osaka
28. Hyōgo
29. Nara
30. Wakayama

Chūgoku

31. Tottori
32. Shimane
33. Okayama
34. Hiroshima
35. Yamaguchi

Shikoku

36. Tokushima
37. Kagawa
38. Ehime
39. Kōchi

Kyūshū

40. Fukuoka
41. Saga
42. Nagasaki
43. Kumamoto
44. Ōita
45. Miyazaki
46. Kagoshima

Okinawa


47. Okinawa

Karafuto, merupakan sebahagian daripada Pulau Sakhalin di utara Hokkaidō (tiada dalam peta) dari tahun 1907 sehingga Perang Dunia Kedua. Kini keseluruhan pula tersebut dibawah badan kerajaan Rusia, tetapi sesetengah masyarakat Jepun membuat andaian bahawa Karafuto masih sebahagian daripada Jepun.

Senarai wilayah Jepun mengikut Nama[sunting | sunting sumber]

Wilayah Jepun Ibu Negara Regions and Prefectures of Japan 2.png
Kawasan
Pulau Populasi¹ Keluasan² Kepadatan³ Daerah Kawasan Bandar ISO
Flag of Aichi Prefecture.svg Aichi 愛知県 Nagoya Chūbu Honshū 7,043,235 5,153.81 1,366 15 88 JP-23
Flag of Akita Prefecture.svg Akita 秋田県 Akita Tōhoku Honshū 1,189,215 11,612.11 102 8 29 JP-05
Flag of Aomori Prefecture.svg Aomori 青森県 Aomori Tōhoku Honshū 1,475,635 9,606.26 154 8 61 JP-02
Flag of Chiba Prefecture.svg Chiba 千葉県 Chiba Kantō Honshū 5,926,349 5,156.15 1,149 9 80 JP-12
Flag of Ehime Prefecture.svg Ehime 愛媛県 Matsuyama Shikoku Shikoku 1,493,126 5,676.44 263 7 28 JP-38
Flag of Fukui Prefecture.svg Fukui 福井県 Fukui Chūbu Honshū 828,960 4,188.76 198 10 29 JP-18
Flag of Fukuoka Prefecture.svg Fukuoka 福岡県 Fukuoka Kyūshū Kyūshū 5,015,666 4,971.01 1,009 17 91 JP-40
Flag of Fukushima Prefecture.svg Fukushima 福島県 Fukushima Tōhoku Honshū 2,126,998 13,782.54 154 14 85 JP-07
Flag of Gifu Prefecture.svg Gifu 岐阜県 Gifu Chūbu Honshū 2,107,687 10,598.18 199 11 49 JP-21
Flag of Gunma Prefecture.svg Gunma 群馬県 Maebashi Kantō Honshū 2,024,820 6,363.16 318 12 61 JP-10
Flag of Hiroshima Prefecture.svg Hiroshima 広島県 Hiroshima Chūgoku Honshū 2,878,949 8,476.95 340 10 37 JP-34
Flag of Hokkaido Prefecture.svg Hokkaido 北海道 Sapporo Hokkaidō Hokkaidō 5,682,950 83,452.47 68 66 207 JP-01
Flag of Hyogo Prefecture.svg Hyogo 兵庫県 Kobe Kansai Honshū 5,550,742 8,392.42 661 13 60 JP-28
Flag of Ibaraki Prefecture.svg Ibaraki 茨城県 Mito Kantō Honshū 2,985,424 6,095.62 490 13 61 JP-08
Flag of Ishikawa Prefecture.svg Ishikawa 石川県 Kanazawa Chūbu Honshū 1,180,935 4,185.32 282 7 25 JP-17
Flag of Iwate Prefecture.svg Iwate 岩手県 Morioka Tōhoku Honshū 1,416,198 15,278.51 93 12 46 JP-03
Flag of Kagawa Prefecture.svg Kagawa 香川県 Takamatsu Shikoku Shikoku 1,022,843 1,861.70 549 5 17 JP-37
Kagoshima 鹿児島県 Kagoshima Kyūshū Kyūshū 1,786,214 9,132.42 196 11 49 JP-46
Flag of Kanagawa Prefecture.svg Kanagawa 神奈川県 Yokohama Kantō Honshū 8,489,932 2,415.42 3,515 7 35 JP-14
Flag of Kochi Prefecture.svg Kochi 高知県 Kōchi Shikoku Shikoku 813,980 7,104.70 115 6 35 JP-39
Flag of Kumamoto Prefecture.svg Kumamoto 熊本県 Kumamoto Kyūshū Kyūshū 1,859,451 6,908.45 269 10 48 JP-43
Flag of Kyoto Prefecture.svg Kyoto 京都府 Kyoto Kansai Honshū 2,644,331 4,612.93 573 6 28 JP-26
Flag of Mie Prefecture.svg Mie 三重県 Tsu Kansai Honshū 1,857,365 5760.72 322 7 29 JP-24
Flag of Miyagi Prefecture.svg Miyagi 宮城県 Sendai Tōhoku Honshū 2,365,204 7,285.16 325 10 36 JP-04
Flag of Miyazaki Prefecture.svg Miyazaki 宮崎県 Miyazaki Kyūshū Kyūshū 1,170,023 6,684.67 175 8 30 JP-45
Flag of Nagano Prefecture.svg Nagano 長野県 Nagano Chūbu Honshū 2,214,409 12,598.48 163 16 120 JP-20
Flag of Nagasaki Prefecture.svg Nagasaki 長崎県 Nagasaki Kyūshū Kyūshū 1,516,536 4,092.80 371 9 79 JP-42
Flag of Nara Prefecture.svg Nara 奈良県 Nara Kansai Honshū 1,442,862 3,691.09 391 8 47 JP-29
Flag of Niigata Prefecture.svg Niigata 新潟県 Niigata Chūbu Honshū 2,475,724 12,582.37 197 16 111 JP-15
Flag of Oita Prefecture.svg Oita 大分県 Ōita Kyūshū Kyūshū 1,221,128 5,804.24 210 12 58 JP-44
Flag of Okayama Prefecture.svg Okayama 岡山県 Okayama Chūgoku Honshū 1,950,656 7,008.63 278 18 78 JP-33
Flag of Okinawa Prefecture.svg Okinawa 沖縄県 Naha Kyūshū Ryūkyū
1,318,281 2,271.30 580 5 41 JP-47
Flag of Osaka Prefecture.svg Osaka 大阪府 Osaka Kansai Honshū 8,804,806 1,893.18 4,652 5 44 JP-27
Flag of Saga Prefecture.svg Saga 佐賀県 Saga Kyūshū Kyūshū 876,664 2,439.23 359 8 49 JP-41
Flag of Saitama Prefecture.svg Saitama 埼玉県 Saitama Kantō Honshū 6,938,004 3,767.09 1,827 9 90 JP-11
Flag of Shiga Prefecture.svg Shiga 滋賀県 Otsu Kansai Honshū 1,342,811 4,017.36 334 11 50 JP-25
Flag of Shimane Prefecture.svg Shimane 島根県 Matsue Chūgoku Honshū 761,499 6,707.32 114 12 59 JP-32
Flag of Shizuoka Prefecture.svg Shizuoka 静岡県 Shizuoka Chūbu Honshū 3,767,427 7,328.61 484 12 74 JP-22
Flag of Tochigi Prefecture.svg Tochigi 栃木県 Utsunomiya Kantō Honshū 2,004,787 6,408.28 313 7 33 JP-09
Flag of Tokushima Prefecture.svg Tokushima 徳島県 Tokushima Shikoku Shikoku 823,997 4,145.26 199 10 50 JP-36
Flag of Tokyo Prefecture.svg Tokyo 東京都 Shinjuku Kantō Honshū 12,059,237 2,187.08 5,514 1 39 JP-13
Flag of Tottori Prefecture.svg Tottori 鳥取県 Tottori Chūgoku Honshū 613,229 3,507.19 175 6 39 JP-31
Flag of Toyama Prefecture.svg Toyama 富山県 Toyama Chūbu Honshū 1,120,843 4,247.22 264 6 27 JP-16
Flag of Wakayama Prefecture.svg Wakayama 和歌山県 Wakayama Kansai Honshū 1,069,839 4,725.55 226 7 50 JP-30
Flag of Yamagata Prefecture.svg Yamagata 山形県 Yamagata Tōhoku Honshū 1,244,040 9,323.34 133 9 44 JP-06
Flag of Yamaguchi Prefecture.svg Yamaguchi 山口県 Yamaguchi Chūgoku Honshū 1,528,107 6,110.76 250 11 56 JP-35
Flag of Yamanashi Prefecture.svg Yamanashi 山梨県 Kofu Chūbu Honshū 888,170 4,465.37 199 8 64 JP-19

Catatan: ¹ sehingga tahun 2000; ² km²; ³ per km²

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Doshusei Regional System" National Association for Research Advancement.
  2. Mabuchi, Masaru, "Municipal Amalgamation in Japan", World Bank, 2001.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]