Nektar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nektar bunga Camellia
Kupu-kupu Vanessa kershawi menghirup nektar

Nektar atau madu bunga merupakan cecair yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ia dihasilkan dalam kelenjar yang dipanggil nektari, sama ada di dalam bunga, di mana ia menarik haiwan pendebunga, ataupun dengan nektari luar bunga yang menjadi sumber nutrien kepada haiwan mutualis yang memberi perlindungan anti-maun kepada tumbuhan sebagai balasan. Antara haiwan-haiwan pendebunga utama yang meminum nektar ialah lebah, kupu-kupu, rama-rama, burung madu dan kelawar.

Nektar merupakan bahan yang amat penting dari segi ekologi, yakni sumber gula untuk menghasilkan madu. Ia juga berguna dalam bidang pertanian san hortikultur kerana sesetengah serangga pemangsa yang dewasa menghirup nektar.

Nektari bunga[sunting | sunting sumber]

Nektari bunga biasanya terletak di tapak periant, supaya pendebunga dipaksa mengusap-usap anggota pembiakan bunga, iaitu cepu debunga dan pistil, sambil menyentuh nektar.

Nektari luar bunga[sunting | sunting sumber]

Nektar yang terhasil di luar bunga pada amnya dihasilkan untuk menarik serangga pemangsa. Serangga pemangsa ini akan memakan kedua-dua nektar dan serangga maun di sekitarnya, oleh itu bertindak sebagsi 'penjaga'.[1] Nektari luar bunga pada amnya terletak terletak pada daun, dengan tepatnya petiol, tulang atau tepi daun. Nektari ini disangkakan merupakan trikom ubah suai yang mengeluarkan nektar dari sap floem. Nektari luar bunga terdapat pada spesies-spesies tumbuhan yang tergolong dalam genera Salix, Prunus dan Gossypium antara lainnya. Bagi bunga markisah Passiflora, nektari luar bunga mencegah haiwan maun dengan menarik semut sambil menjauhkan dua spesies kupu-kupu daripada bertelur.[2] Bagi kebanyakan tumbuhan maging, nektar bertujuan menarik mangsa serangga.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Plant-Provided Food for Carnivorous Insects - Cambridge University Press". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2012-05-13.
  2. ^ Sezen, Uzay. "Ants defending extrafloral nectaries of the passion flower (Passiflora incarnata)". Dicapai pada 06 January 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Merbach, M. 2001. Nectaries in Nepenthes. In: C.M. Clarke Nepenthes of Sumatra and Peninsular Malaysia. Natural History Publications (Borneo), Kota Kinabalu.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]