Nestlé
| Jenis | Société Anonyme |
|---|---|
| Ditubuhkan | Vevey, Switzerland (1866) |
| Pengasas | Henri Nestlé |
| Ibu pejabat | Vevey, Switzerland |
| Kawasan | Seluruh dunia |
| Orang utama | Peter Brabeck-Letmathe (Chairman), Paul Bulcke (CEO) |
| Industri | Food processing |
| Produk | Makanan bayi, kopi, produk tenusu, breakfast cereals, confectionery, bottled water, aiskrim, pet foods (Senarai...) |
| Hasil | CHF 109.72 bilion (2010)[1] |
| Pendapatan operasi | CHF 16.19 bilion (2010)[1] |
| Keuntungan | CHF 34.23 bilion (2010)[1] |
| Jumlah aset | CHF 111.64 bilion (tamat 2010)[1] |
| Jumlah ekuiti | CHF 62.60 bilion (tamat 2010)[1] |
| Pekerja | 281,000 (2010)[1] |
| Laman web | www.nestle.com |
Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.[2] Reputasi korporat 1Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.[3][4][5] Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam SWX Swiss Exchange. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.
Isi kandungan |
[sunting] Sebutan
Sebutan yang tepat bagi nama Nestlé ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 "Annual Results 2010" (PDF). Nestlé. http://www.nestle.com/Common/NestleDocuments/Documents/Library/Documents/Financial_Statements/2010-Financial-Statements-EN.pdf. Capaian 17 February 2011.
- ↑ "Nestlé: Following the Customers' Tracks with Google Analytics". Google Analytics. http://www.google.com/analytics/case_study_nestle.html. Capaian 2007-02-21.
- ↑ (5 April 2006). "The Reputations of Switzerland’s Largest Companies:" (.PDF). Reputation Institute. Dicapai pada 2007-02-22.
- ↑ Malte Sussdorff (15 Dec 2000). "World's Most Respected Companies: Diverse Qualities Vie for Attention". CSR Europe. http://intranet.csreurope.org/news/csr/one-entry?entry_id=114272. Capaian 2007-02-22.
- ↑ "Nestlé's Case Study", thetimes100.co.uk. Dicapai pada 2007-02-22. Students and Teacher business studies resource centre