Nicholas Saputra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nicholas Saputra (lahir pada 24 Februari 1984) adalah seorang pelakon Indonesia. Jejaka kelahiran Jakarta ini mula terkenal setelah membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) pada tahun 2002.

Nicholas memulakan kariernya sebagai seorang model yang memperagakan butik rekaan Samuel Wattimena. Debut lakonannya adalah AADC. Nicholas yang sukakan dunia lakonan sejak kecil, telah beberapa kali menghadiri sesi uji bakat filem sebelum akhirnya diterima sebagai watak Rangga dalam AADC. Dia mengambil jurusan Seni bina di Fakulti Teknik Universiti Indonesia.

Ia dicalonkan sebagai pelakon terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2004 bagi wataknya dalam dua buah filem, masing-masing Biola Tak Berdawai dan Ada Apa Dengan Cinta?, namun tewas kepada Tora Sudiro (Arisan!). Setahun kemudian, dalam Festival Filem Indonesia 2005, dia kembali dinobatkan dalam dua buah filem bagi kategori yang sama–bagi wataknya sebagai Soe Hok Gie dalam Gie dan sebagai Joni dalam Filem Janji Joni–dan berjaya meraih penghargaan tersebut untuk watakya sebagai Gie.

Filemografi [sunting]

Pautan luar [sunting]