Nirgendwo in Afrika
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Nowhere in Africa | |
|---|---|
| Pengarah | Caroline Link |
| Penerbit | Peter Herrmann |
| Pengarang | Caroline Link, Stefanie Zweig |
| Lakonan | Juliane Köhler, Merab Ninidze |
| Pengedar | Zeitgeist Films |
| Mula ditayang | (Toronto sahaja) |
| Tempoh ditayang | 141 min |
| Bahasa | Bahasa Jerman Bahasa Inggeris Bahasa Swahili |
| Perbelanjaan | €7 juta |
| Rujukan IMDb | |
Nirgendwo in Afrika (Bahasa Inggeris: Nowhere in Africa, Bahasa Melayu: Terpencil di Afrika) ialah sebuah filem epik dari Jerman yang telah diterbitkan pada tahun 2001. Filem yang diarahkan oleh Caroline Link ini, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama yang ditulis oleh Stefanie Zweig. Ia mengisahkan sebuah keluarga Yahudi yang berhijrah ke Kenya ketika Perang Dunia Kedua kerana melarikan diri daripada kekejaman Nazi di tanah air mereka. Di Kenya, mereka mengerjakan sebuah ladang sebagai sumber pendapatan. Filem ini memenangi Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik pada tahun 2002.