Nodus limfa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nodus limfa
Lymphknoten (Schwein).jpg
Nodus limfa menunjukkan (1) kapsul, (2) sinus subkapsul, (3) pusat germinal, (4) nodul limfoid, (5) trabekula.
Latin nodus lymphoideus

Nodus limfa merupakan organ berbentuk bujur dalam sistem imun yang luas teredar di seluruh badan termasuk ketiak dan perut, dan ditautkan oleh saluran limfa. Nodus limfa merupakan garison sel-sel imun B, T dan lain-lain. Nodus limfa bertindak sebagai penapis atau perangkap kepaa zarah asing dan adalah penting untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan betul. Nodus limfa dibungkus ketat-ketat dengan sel darah putih iaitu limfosit dan makrofages.

Nodus limfa juga penting dari segi klinikal. Ia menjadi keradangan atau membesar dalam pelbagai keadaan yang seremeh jangkitan kerongkong atau separah barah. Bagi barah, keadaan nodus limfa sungguh penting kerana menyumbang kepada pemeringkatan barat yang menentukan rawatan yang hendak digunakan serta prognosis. Apabila bengkak, keradangan atau membesar, nodus limfa boleh menjadi keras, kukuh atau lembut.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sistem limfa