Norhidayah Mohd Rasid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ida Hidayah
LahirNorhidayah binti Mohd Rasid
(1981-06-27) 27 Jun 1981 (umur 42)
Merlimau, Melaka
PekerjaanPenyair, Novelis
WarganegaraMalaysia Malaysia

Norhidayah Mohd Rasid dikenali sebagai Ida Nardiel Rasid, Ida Ra atau Ida Hidayah merupakan Novelis dan penyair negeri Melaka. Beliau menyertai Ikatan Persuratan Melayu (IPM) pada tahun 2011 dan merupakan mantan Setiausaha 2 Ikatan Persuratan Melayu (IPM) pada sesi 2014/2016 dan 2016/2018. Pernah menyandang Jawatan Setiausaha 1 pada sesi 2018/20 dan 2020/22. Sebelum itu sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) IPM pada sesi 2012/2014 serta bertindak sebagai Pegawai Seranta IPM. Menyertai Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) pada tahun 2023.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak jati kelahiran Melaka dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 27 Jun 1981 dan dibesarkan di Pekan Merlimau. Anak pasangan pesara kerajaan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau menghabiskan masa lapang dengan membaca dan menulis.

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Norhidayah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Merlimau (1) seterusnya ke SMK Dang Anum seterusnya melanjutkan tingkatan 6 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau dan Kolej Stamford Melaka. Beliau berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjanamuda Linguistik dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Beliau aktif menulis pada tahun 2000 hingga sekarang. Pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Pulau Pinang bahagian Multimedia pada tahun 2007. Beliau pernah menjadi Pembimbing Tunas Muda kategori Cerpen bagi murid sekolah rendah negeri Melaka pada tahun 2019 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Beliau berpengalaman sebagai Penceramah dan Hakim Sayembara Cerpen dan Sajak juga Juri dalam beberapa pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah dijemput menjadi panel bagi Program Bicara Sastera: Dari Hati Orang Muda anjuran DBP Wilayah Selatan dan PENAMA.

Karya[sunting | sunting sumber]

Antara karya yang pernah disiarkan dan diterbitkan seperti berikut:-

Novel

1) Seindah Rindu (Terbitan Nylea Publishing) Tahun 2006

2) Cinta Tiada Lagi (Terbitan Nylea Publishing) Tahun 2008

3) Cinta Yang Terindah (Terbitan Fajar Pakeer) Tahun 2013

4) Jangan Sembunyi Cinta (Terbitan Fajar Pakeer) Tahun 2023

Cerpen

1. Cinta Lara (Dara.Com September 2005)

2. Kembali (Majalah Keluarga Harmoni 15 Ogos 2007

3. Sumpah Dan Doa (Menang Sagu Hati Untuk Sayembara Cerpen Negeri Melaka Tahun 2011)

4. Kekasih (Majalah Jelita, Julai 2011)

5. Diari Cinta (Majalah Mingguan Wanita)

6. Keranamu Teja (Menang Sagu Hati Untuk Sayembara Cerpen Sejarah Negeri Melaka Tahun 2013)

7. Permaisuri (Mingguan Wanita Edisi 24-28 November 2014)

Puisi

1. Yang Kumahu (Majalah Dara.Com)

2. Bonda (Majalah Dara.Com)

3. Puisi Seorang Kekasih (Majalah I-Remaja)

4. Cinta Jangan Pergi (Majalah I-Remaja)

5. Rindu Yang Tinggal (Majalah I-Remaja)

6. Perjalanan Wanita (Akhbar Utusan Jawi)

7. Biarkan (Majalah Siswa Mac 2003)

8. Ayahanda(Majalah Dara.Com)

9. Dugaanku (Majalah Tunas Cipta, April 2006)

10. Wanita (Majalah Remaja, 1 November 2007)

11. Tamadunkah Kita (E-Siswa November 2010)

12. Suara Dari Hati (Akhbar Berita Mingguan, 9 Januari 2011)

13. Sumpah Anak Watan(Majalah Jendela Selatan, Bil.35 April 2013)

14. Taman (Majalah Jendela Selatan, Bil 37 Disember 2013)

15. Sayang (Akhbar Sinar harian 27 Disember 2015)

16. Seorang Diri (Majalah Jendela Selatan April 2016)

17. Kitab Cinta (Majalah Jendela selatan November 2016)

18. Tanah Berdarah (Akhbar Utusan Melayu September 2016)


Pengalaman Penyelengaraan Buku

- Antologi Puisi Ramban Musim Ikatan Persuratan Melayu (IPM) tahun 2021

- Antologi Cerpen Sepetang di Kuala terbitan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) tahun 2021

- Antologi Cerpen 50 Himpunan Kembara Wisata terbitan Metromedia Solution tahun 2021

- Antologi Buku Puisi Guru MBKM terbitan Nuha Creative Resources tahun 2021

- Antologi Anekdot Kenangan Zaman Kanak-kanak dan Alam Persekolahan terbitan KisMy tahun 2021

- Antologi Puisi Meracik Mentari terbitan Pena Padu 2024

Ulasan Novel

  1. Novel Lukanya Merah (Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2015)
  2. Novel Cinta Di Taman Mimpi (Majalah Tunas Cipta Mac 2016)
  3. Novel Cinta Di Taman Mimpi (Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2016)


Antologi

  1. Sumpah dan Doa (Antologi Impian dan Harapan terbitan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) 2012)
  2. Mengenggam Bara (Antologi Sedetik.Com terbitan Metromedia Solutions 2015)
  3. Sungai Melaka (Antologi Puisi Sungaiku Kekasihku 2017 terbitan Penulis Negeri Melaka (PENAMA)
  4. Mayat Hidup (Antologi Cerpen Syif Tengah Malam terbitan kata Pillar dan Studio Anai-Anai 2018)
  5. Bila Adam dan Hawa Terpisah, Gadis di Pantai, Marah Amarah & Orang-orang Terbuang (Antologi Puisi Tiupan Nafiri terbitan Pena Padu 2021
  6. Keranamu Teja (Antologi Cerpen Sepetang di Kuala terbitan Ikatan Persuratan Melayu 2021)
  7. Doa ke Langit & Secawan Kopi, Sebuah Novel Cinta dan Cinta Pertama (Antologi Puisi Ramban Musim terbitan Ikatan Persuratan Melayu 2021)
  8. Sahabat Gunting & Cinta Khianat (Antologi Cerpen 50 Lipatan Kisah Pengkhianatan terbitan Metromedia Solution 2021)
  9. Ingin Berdamai Dengan Alam (Antologi Puisi Hari Puisi Nasional ke-21 terbitan GAPENA 2021)
  10. Pejuang & Jatuh Bangun (Antologi Puisi Bangkit terbitan SYFE Management 2021)
  11. Kasihmu Yang Kulepaskan (Antologi Puisi Mencintaimu dengan Sederhana terbitan SYFE Management 2021)
  12. Jika Waktu & Pergi (Antologi Puisi Hilang terbitan SYFE Management 2021)
  13. Pepohon Rindu & Rindu Yang Tinggal (Antologi Puisi Rindu Yang Tertangguh terbitan SYFE Management 2021)
  14. Ukiran Sejarah & Salam Merdeka (Antologi Puisi Sejarah Malaysia terbitan SYFE Management 2021)
  15. Anak Bangsa Melaka & Anak Syurga (Antologi Puisi Untukmu Anak terbitan Adney Enterprise 2021)
  16. Mamat Pengutip Ciku (Antologi Cerpen Kanak-Kanak Rezeki Jalanan terbitan SYFE Management 2021)
  17. 7 Nasihat (Antologi Cerpen Kanak-kanak; Bahagia di Perpustakaan Rumahku terbitan SYFE Management 2021)
  18. Hikmah PKP (Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas PKP dan Covid-19 terbitan Nuha Creative Resources 2021)
  19. Botol Berisi Surat Cinta Terapung di Tengah Lautan (Antologi Puisi Sifat Rimba terbitan GAPENA 2022)
  20. Disebelah Hujan & Setiap Detik (Antologi Puisi Hujan terbitan Adney Enterprise 2022)
  21. Hujan Rindu & Menanti Pagi (Antologi Puisi terbitan SYFE Management 2022)
  22. Aku Sang Pemimpi (Antologi Cerpen & Puisi Warkah Kasih Ayah terbitan SYFE Management 2022)
  23. Ke Makam Tun Teja, Pantai Siring & Pantun Melaka (Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Melaka 2022 terbitan Komuniti Menulis Malaysia)
  24. Sepilihan Anekdot Siri 3 Putih 2022 terbitan Komuniti Menulis Malaysia)
  25. Biarkan Semalam Berlalu dan Meniti Jalan Usang (Antologi Puisi Cerita Kehilangan terbitan SYFE Management 2022)
  26. Apabila Padang Kami Diambil (Antologi Kisah Air Bah Itu Tanda Kasih terbitan SYFE Management 2022)
  27. Kisah Cinta (Antologi Puisi Mencintai dengan Sederhana 2 terbitan SYFE Management 2022)
  28. Kotak Undi (Antologi Puisi Politik Bila YB Dipalu Kompang terbitan PENA 2022)
  29. Kala Aku Ditidurkan (Antologi Puisi Singgahlah Dari Kartika ke Kartika Sehingga Kau Genggam Makna terbitan GAPENA 2022)
  30. Aku Pengembara (Antologi Puisi dan Cerpen Aksara Bebas 2022 terbitan SYFE Management 2022)
  31. Ya Rasulullah (Antologi Puisi Untuk Rasulullah Setanggi Cinta terbitan PENA dan Nuha Creative Resources 2022)
  32. Merawat Gundah Bangsa, Warkah Buatmu Malaysiaku (terbitan Nuha Creative Resources 2022)
  33. Warkah Puisi Terakhir & Dari Merlimau ke Melbourne (Antologi Surat untuk Kekasih terbitan SYFE Management 2022)
  34. Puisi Terakhir & Secawan Kopi dan Kenangan (Antologi Puisi Dalam Terakhir 2023 terbitkan SYFE Management)
  35. Antologi Kita Jaga Kita 2023 terbitkan SYFE Management
  36. Memori Zaman Kecilku 2023 terbitkan SYFE Management
  37. Antologi Puisi Penyair Wanita Malaysia ' Cinta Di Pintu Mihrab' terbitan GAPENA tahun 2023.
  38. Antologi Puisi Kita Jaga Kita terbitan Bulan Terbit Services tahun 2023.
  39. Antologi Cerpen Cinta di Kaki Gunung sempena Hari Sastera tahun 2023
  40. Antologi Puisi Rukun Negara terbitan Nuha Resources tahun 2023
  41. Antologi Puisi Meracik Mentari terbitan Pena Padu tahun 2024


Artikel

1.Guru Dan Murid Mana Lebih Penting (I-Remaja)

2.Jangan Sekadar Tutup Kepala (Sekacip Pinang, Jelita, Oktober 2002)

3.Bahasa Melayu Tidak Disanjungi Lagi (Forum, Utusan Malaysia, 5 Mei 2004)

4.Cambahkan Lagi Kesusasteraan Melayu (Dewan Sastera January 2000)

5.Terima Kasih Ayah (Sekacip Pinang, Jelita Jun 2004)

6.Bekukan Semua Bola Sepak Ke Peringkat Antarabangsa (22 November 2004)

7.Belajar Hidup Sebagai Nomad (Cabaran Hidupku, Kosmo Ahad)

8. Mencari Cinta Sejati (Majalah Eh, January 2005)

9.Tak Perlu Macho Tapi Gentleman (Majalah Eh, January 2006)

10. Pelajar & Guru Hari Ini (Dara.Com, November 2006

11. Belajar Selepas Kahwin (Akhbar Mahasiswa)

12. Tak Semua Cinta Bersatu (Majalah Eh! Edisi May 2007)

13. Ada Apa Dengan Cinta (Majalah Dara.Com Edisi Jun 2007)

14. Pendatang -Banyak Buruk, Tiada Kebaikan (Forum, Akhbar Utusan Melayu 26 Julai 2007)

15. Berserah Kepada Takdir (Mingguan Malaysia, 29 Jun 2008)

16.Isteri Orang Dan Skandalisme (Majalah Eh! Jun 2013) Penulisan Berita

Penulisan Berita

1) Bimbingan Menulis Cerpen Dan Sajak (Majalah Tunas Cipta April 2013)

2) Bengkel Penulisan Cerpen Dan Sajak (Majalah Tunas Cipta Edisi Ogos 2014

3) Bengkel Penulisan Cerpen Dan Sajak (Majalah Jendela Selatan Edisi Ogos 2014)

4) Bengkel Asas Haiku (Majalah Tunas Cipta Oktober 2014)

5) Bicara Buku Penulis Melaka (Majalah Tunas Cipta Disember 2014)

6) Program Penghayatan Puisi (Majalah Tunas Cipta Disember 2014)


Pencapaian/Anugerah:-

  1. Tempat ketiga dalam pertandinga n P enulisan Esei peringkat Negeri Melaka anjuran Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM) tahun 1995
  2. Sagu Hati dalam Pertandingan Menulis Puisi Sempena Tema Anti Dadah Pada tahun 2000
  3. Sagu Hati Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi Negeri Melaka anjuran IPM tahun 2011
  4. Sagu Hati Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak Sejarah Negeri Melaka anjuran IPM Tahun 2013