Universiti Putra Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Putra Malaysia
اونيۏرسيتي ڤوترا مليسيا
Logo UPM.jpg
Maklumat am
Moto Berilmu Berbakti
Ditubuhkan 1971
Jenis Awam
Penggabungan ASAIHL

Laman sesawang www.upm.edu.my
Pentadbiran
Canselor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Sultan Selangor
Timbalan canselor YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan
Lokasi
Lokasi Serdang, Selangor
Negara Malaysia
Kampus

Kampus utama di Serdang

Kampus cawangan di Bintulu

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma.

Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947. Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya. Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.[1]

Dr. Mohd Rashdan Baba menjadi Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian seperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada ketika itu. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.

Perkembangan UPM[sunting | sunting sumber]

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Kini UPM menawarkan 73 program Sarjana Muda, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan falsafah kedoktoran (Ph.D.). Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 8 pusat, 6 institut, 2 sekolah, 2 akademi, sebuah taman dan sebuah kampus cawangan iaitu:

Senarai fakulti[sunting | sunting sumber]

  • Fakulti Pertanian
  • Fakulti Perhutanan
  • Fakulti Perubatan Veterinar
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
  • Fakulti Ekologi Manusia
  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Fakulti Rekabentuk dan Senibina
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
  • Fakulti Pengajian Alam Sekitar
  • Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB)

Senarai pusat[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Alumni, UPM
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) UPM
  • Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UPM - pusat pemindahan teknologi universiti
  • Pusat Pendidikan Luar, UPM
  • Pusat Islam, UPM
  • Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM
  • Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM
  • Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM
  • Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM
  • Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, UPM

Senarai institut[sunting | sunting sumber]

  • Institut Biosains (IBS)
  • Institut Teknologi Maju (ITMA)
  • Institut Gerontologi (IG)
  • Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
  • Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
  • Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
  • Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM)
  • Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
  • Institut Pertanian Tropika (ITA)

Senarai taman, sekolah dan akademi[sunting | sunting sumber]

Senarai kolej kediaman UPM Serdang[sunting | sunting sumber]

  • Kolej Mohamad Rashid
  • Kolej Kedua
  • Kolej Tun Dr. Ismail
  • Kolej Canselor
  • Kolej Kelima
  • Kolej Keenam
  • Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
  • Kolej Tun Perak
  • Kolej Pendeta Zaba
  • Kolej Ke Sepuluh
  • Kolej Ke Sebelas
  • Kolej Kedua Belas
  • Kolej Ketiga Belas
  • Kolej Keempat Belas
  • Kolej Kelima Belas
  • Kolej Keenam Belas
  • Kolej Ketujuh Belas

Kolej Kedua Belas, Keempat Belas, Kolej Kelima Belas dan Kolej Keenam Belas diletakkan di bawah pengurusan bersama pihak UPM dan pihak swasta, manakala kolej-kolej yang lain diuruskan oleh pihak UPM secara keseluruhannya.

Entiti perniagaan UPM[sunting | sunting sumber]

* UPM Holdings Sdn. Bhd.

UPM Kampus Bintulu, Sarawak[sunting | sunting sumber]

Antara kursus yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut:

  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Perikanan
  • Bacelor Sains Bio Industri
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Diploma Kejuruteraan Pertanian
  • Diploma Perniagaantani

[sunting | sunting sumber]

Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang". Lirik lagu ini ditulis oleh Dharmawijaya manakala lagunya oleh Dato' Ahmad Nawab.

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik : Dharmawijaya
Lagu : Dato' Ahmad Nawab

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zaini Ujang, (2009) Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Edisi Ke–2. Skudai: Penerbit UTM Press. ISBN 978-983-52-0712-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]