Norjan Khan Bahadar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norjan Khan Bahadar
Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar dan Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
1999 – 11 Februari 2004
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah
Dalam jawatan
2002 – 11 Februari 2004
Butiran peribadi
Lahir1952
Borneo Utara (kini Sabah)
Meninggal dunia11 Februari 2004 (umur 51–52)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Parti politik
Pasangan
  • Mohd Ali Tassan (meninggal dunia)
  • Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar (sehingga kematiannya)
Anak-anak4
HubunganGhulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar (adik)

Datuk Norjan Khan Bahadar (1952 – 11 Februari 2004) merupakan seorang ahli politik Malaysia[1] yang memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar dan Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah.[2]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Norjan telah dilantik ke Dewan Undangan Negeri pada tahun 1999 di bawah undang-undang Sabah, kerajaan yang memerintah boleh melantik enam Adun sebagai tambahan kepada 48 yang dipilih.[3]

Sewaktu hayatnya, beliau banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah khususnya pembabitan wanita dalam politik serta membantu golongan miskin.[2][4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Norjan berkahwin dengan Mohd Ali Tassan (Allahyarham) dan dikurniakan empat anak Mohd Fadzir, Fauziah Nor, Abdul Aliff, dan Mohd Amrizan.[5] Selepas suaminya meninggal dunia, Norjan berkahwin kali kedua bersama Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Kes beliau mendapat perhatian seluruh negara khususnya negeri kelahirannya, Sabah apabila beliau dijumpai mati dibunuh pada 11 Februari 2004 di bilik nombor 208, Hotel Shangri-La oleh seorang pembantu hotel pada jam 9 pagi.[6][7][8]

Sebelum pembunuhan beliau berlaku, terdapat desas-desus mengenai rombakan pertubuhan Wanita UMNO Sabah yang dilakukan oleh bekas Ketua Wanita UMNO, Siti Zaharah Sulaiman untuk menghalang Datuk Norjan memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Sabah. Hal ini dikatakan kerana tersebarnya gambar-gambar aksi memalukan beliau dan hal dalaman lain. Motif pembunuhan beliau dipercayai akibat cemburu dan dendam.[9][8]

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pengalat bersebelahan pusara ibu dan bapanya, Khan Bahadar dan Norsiah Akhbar Khan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keikhlasan perjuangan". Berita Minggu. 22 September 1996. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  2. ^ a b "Pemimpin terkejut pembunuhan Norjan". Berita Harian. 11 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2004. Dicapai pada 1 Januari 2013.
  3. ^ "6 pembantu menteri muka baru". Berita Harian. 24 Mac 1999. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  4. ^ Ruhaidini Abd Kadir (22 Julai 2002). "Norjan - Ikhlas perjuang nasib wanita". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2013.
  5. ^ a b "Jenazah pembantu menteri selamat dikebumi". Berita Harian. 12 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2004. Dicapai pada 1 Januari 2013.
  6. ^ Lichong Angkui; Amirullah Andi Nur (12 Februari 2004). "Pembantu menteri dibunuh". Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  7. ^ "Takziah untuk keluarga Norjan". Berita Harian. 12 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2004. Dicapai pada 1 Januari 2013.
  8. ^ a b Nasra. "Kes Pembunuhan Misteri Yang Pernah Berlaku di Sabah ~ Pembunuh Masih Belum Dijumpai?". 11 Jun 2021. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  9. ^ Amirullah Andi Nur (12 Februari 2004). "Cemburu motif bunuh Norjan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2004. Dicapai pada 1 Januari 2013.