Norreen Iman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norreen Iman
Kelahiran
Norreen Iman binti Abdullah

(1994-02-07) 7 Februari 1994 (umur 30)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPersonaliti media sosial, pelakon
Tahun aktif2020–kini
Anak-anak2

Norreen Iman Abdullah (Jawi) نورين ايمان بنت عبدالله ; lahir 7 Feb 1994) ialah seorang personaliti media sosial dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan drama lakonannya seperti Pelindung Seorang Puteri, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Jangan Ganggu Jodohku.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Norreen Iman memulakan kerjaya awalnya sebagai pengurus akaun dan ejen insurans, reviewer dan seterusnya menjadi peniaga nasi lemak yang terkenal di bukit bintang . Beliau kemudian menempa nama sebagai personaliti media sosial.

Kerjaya lakonannya bermula ketika beliau berusia 7 tahun menerusi iklan raya Petronas arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad pada tahun 2001. Kemudian, beliau kembali berlakon dalam siri drama Pelindung Seorang Puteri (2020) yang dibintangi oleh pelakon senior, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Ini kemudian diikuti oleh 2 drama TV lakonannya pada tahun berikutnya, Rindu Awak Separuh Nyawa sebagai Qistina dan Jangan Ganggu Jodohku sebagai Shahida serta telefilem Delen sebagai Cupak.

Dia juga dikenali sebagai "influencer" yang memotong barisan ketika menghadiri konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Norreen telah berkahwin dan dikurniakan 2 anak bersama suaminya.

Ibunya, Nor'aini Jaafar yang juga nenek kepada dua cucu, pernah menjadi tular kerana menamatkan pengajian diploma dalam bidang terapi di usia 58 tahun yang mana kos yuran pengajiannya ditanggung sepenuhnya oleh Norreen yang ingin melihat ibunya mencapai cita-cita menjadi ahli terapi.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Pelindung Seorang Puteri Muna Astro Ria Drama pertama
2021 Yang Bakal Mati Ramadan Ini Lynn Awesome TV
Rindu Awak Separuh Nyawa Qistina Astro Ria
2021–2022 Jangan Ganggu Jodohku Shahida
2022 Bisik Bisik Gelora Izzati TV3
Ash & Aish Kak Wati Astro Ria
Gila Viral Ladyku Astro Warna
Cina Buta Norreen Astro Ria
2023 Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran Shahira
Aku Hanim Hazo

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Delen Cupak Astro Citra
2022 Kami Blackpinky Rosemah Awesome TV
London With Love Didi Sooka
2023 Bisik Bisik Gelora Raya Izzati TV3
2024 Jodoh Geng G Supiah Astro Warna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom Dirinya sendiri/Tetamu jemputan TV1

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2001 Raya Petronas: Ombak Jahat
2002 Piala Dunia FIFA 2002: Makan Bola
Piala Dunia FIFA 2002: Pasu Pecah

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LAKONAN NORREEN IMAN DALAM DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA DIPUJI RAMAI". OiJom. 3 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  2. ^ Nadia Shaiful Bahari (17 November 2018). "Nenek dua cucu sanggup ambil diploma demi jadi ahli terapi". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Oktober 2021). "'Cita rasa pengundi sukar dijangka'". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]