Nozie Nani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nozie Nani
Kelahiran
Nozia binti Nani

1951 (1951)
Meninggal dunia2 Oktober 2017 (berumur 65–66)
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Sebab kematianPelbagai komplikasi penyakit kronik
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Semai, Batu Pahat
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1973–1976
PasanganMohd Nazamuddin Husain
Anak-anak3

Nozia Nani (1951 – 2 Oktober 2017) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1970-an.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nozie memulakan kerjaya lakonan pada 1973 menerusi filem Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong, yang mana beliau berlakon bersama Uji Rashid. Beliau kemudian berlakon dalam dua lagi filem arahan Jamil, iaitu Jiwa Remaja dan Cinta dan Lagu.[1] Nozie juga pernah membintangi filem Indonesia, Semalam Di Malaysia arahan Nico Pelamonia terbitan Shaw Brothers. Beliau ialah satu-satunya pelakon Malaysia yang berlakon dalam filem itu.[2] Selepas perkahwinannya, beliau memutuskan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Mohd Nazamuddin Husain dan dikurniakan tiga anak, iaitu Nizad Nazril, Nizat Norman dan Nabila Najat. Suaminya meninggal dunia pada 2003.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nozie meninggal dunia di kediamannya di Batu Pahat, Johor akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik pada usia 66 tahun.[3] Beliau turut menghidap penyakit kanser rahim tahap satu selain pernah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis.[4] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Semai, Batu Pahat pada keesokan harinya.[1][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1973 Permintaan Terakhir Rohani
1975 Jiwa Remaja Roslin
Semalam Di Malaysia
1976 Cinta dan Lagu Fatimah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Raja Nufatimah Mawar Raja Mohamed (2 Oktober 2017). "Aktres 1970-an Nozie Nani meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Hartati Hassan Basri (8 Oktober 2017). "Saling berebut jadi heroin". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  3. ^ "Pelakon veteran hembus nafas terakhir malam tadi". Malaysiakini. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  4. ^ Juwie (16 November 2013). "Kaki kiri Nozie kena potong". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  5. ^ Izzati Ramli (2 Oktober 2017). "Pelakon veteran Nozie Nani meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 22 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]