Nurul Huda Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nurul Huda Abdullah
Maklumat peribadi
Nama lengkap: Nurul Huda Abdullah Ch' Shu Lin
Nama samaran: Ratu Renang
Warga negara:  Malaysia
Gaya: Gaya bebas, rampaian, kupu-kupu
Tarikh lahir: 31 Julai 1972 (42 tahun) [1]
Tempat lahir: Selangor


Nurul Huda Abdullah Ch' Shu Lin (Cina:莊淑玲, lahir 31 Julai 1972) adalah seorang bekas perenang wanita Malaysia yang dilahirkan di Selangor, Malaysia. Beliau ialah cucu kepada presiden Singapura yang ke empat, Wee Kim Wee.[2] Beliau pernah mendapat anugerah Olaragawati Negara 5 tahun berturut-turut(1985-1989). Beliau dianugerahkan Tofi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(Throphy IOC) dalam bidang "Sukan dan Belajar"(Sport and Study) pada tahun 1987.[3] Pada tahun 2004, beliau dilantik masuk ke dalam Dewan Kemasyuran Majlis Olimpik Malaysia(MOM).[4] Beliau juga dilantik sebagai pelari obor olimpik 2008.[5][6][7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Peringkat Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Nurul mewakili Malaysia dalam acara renang Sukan Asia Tenggara(SEA) buat kali pertama pada umur 11 tahun. Dalam Sukan Asia Tenggara 1985, beliau mendapat 7 pingat emas dalam acara 200m, 400m, 800m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m kuak kupu-kupu, 200m dan 400m rampaian perseorangan serta 4x100m rampaian. Beliau juga memecah rekod Sukan SEA dalam 6 acara renang. Dua tahun selepas itu, di Sukan Sea Jakarta beliau terus menyengat dengan meraih 7 emas dalam acara kegemarannya 100m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas dan 200m kuak kupu-kupu. Kerjaya beliau sampai kemuncak di Sukan Sea Kuala Lumpur apabila mendapat pingat 8 emas dalam acara 200m gaya bebas, 200m rampaian perseorangan, 200m kuak lentang, 400m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 200m kuak kupu-kupu dan 4x100m rampian. Dengan usaha rakan sepasukan iaitu Jerrey Ong (2 pingat emas), May Tan (2 pingat emas), Jong Su Ting dan Magdeline Goh, pasukan renang Malaysia dengan jumlah 11 pingat emas berjaya menjuarai acara renang Sukan Asia Tenggara buat kali pertama.[8]

Peringkat Asia[sunting | sunting sumber]

Nurul merupakan perenang Malaysia yang pertama memungut pingat dalam acara renang Sukan Asia. Di Sukan Asia 1986, nurul berjaya memungut 2 pingat perak dalam acara 400m gaya bebas, 800m gaya bebas and 2 pingat gangsa dalam acara 200m gaya bebas dan 400m rampaian perseorangan. Selepas gagal memungut sebarang pingat dalam acara renang Sukan Asia 1990, beliau bersara dan meneruskan pengajian dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.[2]

Peringkat Olimpik[sunting | sunting sumber]

Nurul juga pernah mewakili Malaysia dalam tiga acara renang Olimpik yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1988 tetapi gagal melayak diri ke pusingan separuh akhir.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 5 kali Olahragawati Negara (1985-1989)
  • Dewan Kemasyuran Majlis Olimpik Malaysia(MOM)
  • Tofi Jawatankuasa Olimplik Antarabangsa - Sukan dan Belajar

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Olympic Swimmier - Nurul Huda Ch' Su Lin". Sports Reference LLC. Diperolehi pada 2012-8-13. 
  2. 2.0 2.1 "Nurul Huda Abdullah". Ministry of Information, Communications and Culture of Malaysia. Diperolehi pada 2012-08-13. 
  3. "Gallery of IOC Trophies Winner". Olympic Council of Malaysia. Diperolehi pada 2012-8-15. 
  4. "OCM Sports Museum and Hall of Fame - Nurul Huda Abdullah Ch’Su-Lin". Olympic Council of Malaysia. 2009. Diperolehi pada 2012-8-13. 
  5. "Nurul Huda among Olympic torch bearers". The Staronline. 2004-4-22. Diperolehi pada 2012-08-13. 
  6. "Olympic flame captivates KL". The Staronline. 2008-4-22. Diperolehi pada 2012-08-13. 
  7. "Malaysian torchbearers of the Olympic Flame". The Staronline. 2004-5-31. Diperolehi pada 2012-08-13. 
  8. Nota:Sebenarnya Nurul, May Tan, Jong Su Ting dan Magdeline Goh merupkan rakan sepasukan yang mendapat pingat emas dalam acara renang 4x100m rampaian. Jadi hanya 1 pingat emas yang dikira.