Offroad racing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

""Perlumbaan Litar Lasak ""adalah satu format perlumbaan racing di mana kenderaan dimodifikasi mengikut kelas berbeza untuk perlumbaan (termasuk kereta, motosikal, dan buggy) berlumba melalui persekitaran yang lasak off-road.

Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan di Padang Pasir[sunting | sunting sumber]

Desert racing Perlumbaan di Padang Pasir bermula pada awal abad ke-20.[1] Pertubuhan yang telah menguatkuasakan dasar perlumbaan paling awal di Amerika Utara ketika itu ialah National Off-Road Racing Association (NORRA). Lembaga Penguatkuasa itu telah ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Ed Pearlman. Perlumbaan pertama yang telah diadakan adalah perlumbaan merentasi padang pasir Mexico, arah tenggara melalui kebanyakan kawasan merentasi Baja California, pada asalnya perlumbaan itu telah bermula dari Ensenada sehingga La Paz. Acara itu telah diberi gelaran Mexican 1000, acara itu telah diberi gelaran yang baru dan diubah kepada Baja 1000.[2] SCORE International telah mengambil-alih sepenuhnya setiap acara perlumbaan acara itu dewasa ini.

Kebanyakan perlumbaan padang pasir dianjurkan di dalam kawasan rekreasi milik kerajaan dengan kebanyakan rangkaian jalan utama yang dimilikinya merentasi jarak terdekat hanya sejauh 25 batu sehinggalah ke jarak 1000 batu. Bezatara kelas setiap kenderaan mengikut saiz enjin ataupun penukulan sistem suspensi menentukan salur kelas perlumbaan dalam bilangan pusingan untuk menamatkan perlumbaan. Semenjak itu muncullah dengan pesatnya beberapa organisasi kecil di dalam senario. Salah satu perlumbaan jarak jauh (1000 batu) paling popular US di dalam siri perlumbaan padang pasir ketika itu adalah siri Best in the Desert Vegas to Reno. Juga popular adalah siri Mojave Off-Road Racing Enthusiast. Bermula pada tahun 1997, siri perlumbaan ini berasaskan permainan bersama keluarga dalam mengisi kekangan waktu, ia kini disertai seramai 200 keluarga untuk setiap perlumbaan. MORE menggunakan laluan yang disediakan khas merentasi wilayah padang pasir Barstow dan Lucerne Valley di California. Mojave Desert Racing Siri Perlumbaan Padang Pasir Mojave telah juga menarik sebilangan peserta dari siri perlumbaan CORR.

Pada Ogos 14, 2010 sebuah trak Ford Ranger dimodifikasi khas untuk perlumbaan berlumba di dalam MDR yang menyeliakan pertandingan "California 200", tersalah haluan dan terbabas laju menjunam terus ke arah penonton mengorbankan 8 nyawa dan telah menimbulkan tanggapan negatif beserta persoalan tentang masa hadapan perlumbaan lasak sebegini di atas tanah awam.[3]

Perlumbaan Litar Lasak Jarak Dekat[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan Litar Lasak Jarak Dekat ini diadakan di dalam sirkit yang jaraknya kurang dari 5 batu (seperti Crandon International Off-Road Raceway), seperti dianugerahkan kepada CORR (ataupun kepada SODA), disamping World Series of Off Road Racing (WSORR). Perlumbaan anjuran CORR dan WSORR menyenaraikan litar laluan jarak dekat iaitu kurang dari setengah batu dengan bertukar arah kiri dan kanan pada radius berbeza, dan melantar dan ada pada masa-masanya tergelincir ataupun teradak rekahan pada tanah. Format lain yang dipopularkan Mickey Thompson Entertainment Group disebut Perlumbaan di Dalam Stadium di mana kenderaan perlumbaan lasak ini digunakan di atas litar sementara dibina di dalam sesebuah stadium stadium.

Sebuah litar yang lebih senang berformat laluan jarak dekat yang amat popular di pesta-pesta komuniti lebih dikenali sebagai Pertandingan Tough/Tuff. Laluan-laluan di dalam pertandingan ini adalah dalam secara puratanya lebih dekat; selalunya peserta-peserta bertanding untuk mendapatkan masa terpantas.

Semenjak tahun 2009 telah wujud 2 organisasi utama mempromosi siri-siri perlumbaan jarak dekat. TORC Series, pemilik dan pencetus promosi bekas juara pelumba moto lasak Rick Johnson, perlumbaan dari California ke Wisconsin. Lucas Oil Off Road Racing Series memfokuskan promosi acara di sebelah pantai barat US. Kedua-dua siri itu menengahkan pelumba dan kumpulan perlumbaan kenderaan litar lasak. Ada juga mereka yang datang dari organisasi peringkat akar umbi namun yang masih kekal mempromosi lumba litar jarak dekat di Illinois, Indiana dan Ohio.

Format Lain[sunting | sunting sumber]

Memang ada pada pengetahuan am tentang hubungan relatif lumba litar lasak dan memanjat bukit atau pengetahuan pada apa saja bentuk perlumbaan yang tidak wujud di atas laluan yang dibina dan telah dispesifikasikan.

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Di New Zealand, lumba litar lasak dijalankan di dalam struktur kelas tersendiri dan menjalankan saringan kejuaraan peringkat nasional. Peneraju acara Taupo 1000 adalah peneraju pilihan peringkat endurans yang diadakan hampir setiap tahun. Acara itu bermula pada tahun 1992 sebagai "untuk television" Bridgestone 1000 pertama bagi Offroad Endurance Race di New Zealand diwakili juga pasukan-pasukan dari Australia, New Zealand dan USA. Acara itu dimenangi oleh Les Siviour dari Australia yang membawa Class 6 Nissan Patrol, untuk pasukan Nissan. Di dalam sejarah New Zealand pelumba yang paling berjaya, popular, Juara Kelas Nasional, iaitu Ian Foster dari Henderson, Auckland. Pada kemuncak kariernya, beliau telah merangkul sebanyak 21 kemenangan berterusan memandu untuk pasukan Tamiya di dalam perlumbaan Unlimited Class 1 dibina oleh Cougar Race Cars. Ian adalah juga salah seorang daripada Lembaga Penubuh Badan Organisasi Sukan Nasional dikenali sebagai ORANZ. Sukan itu akan memasuki tahun ke-30. Imej dan maklumat tentang lumba litar lasak di New Zealand boleh didapati di laman rasmi sukan www.oranz.co.nz

Europe[sunting | sunting sumber]

"Erez Raider", Israeli T1 4x2 Rally Raid champion (2006)

Di Eropah, "Litar Lumba Lasak" merujuk kepada acara seperti autocross atau rallycross, manakala lumba padang pasir rally-raid dan sepertinya Paris-Dakar, Master Rallye atau European "bajas" dipanggil Rali Rentas Negara.

Di negara Scandinavia, lumba litar lasak merujuk kepada sejenis sukan pemotoran dikenali sebagai Formula Off Road, membabitkan pemanduan kenderaan yang dimodifikasi lebih ekstensif untuk melalui laluan sukar seperti cerun.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Early off-road history". Web.archive.org. 2004-11-01. Diperoleh pada 2011-08-08. 
  2. [1][pautan putus]
  3. Willon, Phil (20 August 2010), U.S. agency suspends off-road events organized by promoter of deadly race, Los Angeles Times 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Class of Auto racing Templat:Off-road racing Templat:Offroading