Oligodendroglioma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oligodendroglioma
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
PengkhususanNeuro-onkologi, pembedahan saraf
Permulaan biasa
Antara umur 35 dan 44[1]
PrognosisKadar kemandirian lima tahun: 74.1%[1]
Kekerapan~1,217 kes setiap tahun (Amerika Syarikat)[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Oligodendroglioma merupakan barah otak jenis glioma yang dipercayai berpunca oligodendrosit di bahagian otak atau daripada sel prekursor glial. Oligodendroglioma berlaku terutamanya pada golongan dewasa (9.4% daripada semua barah otak primer dan sistem saraf pusat) tetapi juga ditemui pada golongan kanak-kanak (4% daripada semua tumor otak primer).

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Penyakit oligodendroglioma kebanyakan muncul di bahagian lobus frontal dalam 50 hingga 80 peratus kes perubatan. Gejala pertama bagi mangsa oligodendroglioma ialah permulaan aktiviti sawan tanpa sebarang gejala yang lain.[2] Rasa sakit kepala dengan gabungan peningkatan tekanan intrakranium juga merupakan gejala biasa bagi penghidap oligodendroglioma. Bergantung pada lokasi barah berlaku, terdapat sebab defisit neurologidan neuropsikologi yang berbeza, ia termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan terhadapan penglihatan, kelemahan motor badan, penurunan kognitif sert rasa bimbang.[3] Imbasan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) diperlukan untuk mencirikan saiz tumor, lokasi, dan hetero atau homogeniti. Diagnosis akhir hanya bergantung pada biopsi dan pemeriksaan histopatologi jisim tumor sahaja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Oligodendroglioma Diagnosis and Treatment". National Cancer Institute. 17 September 2018. Dicapai pada March 8, 2023.
  2. ^ a b "Oligodendroglioma". The Lecturio Medical Concept Library. Dicapai pada 21 August 2021.
  3. ^ Sandra G. Boodman (2023-02-18). "She thought anxiety and drinking made her ill. The truth was scarier". Washington Post. Dicapai pada 2023-03-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]