Ollanta Humala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Terutama
 Ollanta Humala
Ollanta Humala

Humala in 2011


Penjawat kini
Mula berkhidmat 
28 July 2011
Perdana Menteri Salomon Lerner Ghitis
Naib Presiden Marisol Espinoza
Didahului oleh Alan García

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
November 2005
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan

Tarikh lahir 26 Jun 1962 (51 tahun)
Tempat lahir Lima, Peru
Parti politik Parti Nasionalis Peru
Pasangan Nadine Heredia
Alma mater Sekolah Tentera Chorrilos
Profesion Pegawai Tentera
Agama Katholik
Laman web Campaign webiste

Ollanta Moises Humala Tasso (lahir 26 Jun, 1962) adalah ahli politik Peru dan Presiden Peru . Sebelum ini Humala berkhidmat sebagai pegawai tentera Peru , kalah dalam Pilihan raya Presiden 2006 tetapi menang dalam Pilihan raya Presiden 2011. Seterusnya beliau dipilih sebagai Presiden Peru pada pusingan kedua, menewaskan Keiko Fujimori .

Anak kepada Isaac Humala , seorang peguam buruh, Humala memasuki Tentera Peru pada tahun 1982. Dalam tentera, pangkat terakhirnya ialah Leftenan Kolonel (1992). Beliau pernah berjuang menentang pemberontak Shining Path dan dalam Perang Cenepa terhadap Ecuador. Pada Oktober 2000, Humala mengetuai pemberontakan 30 pegawai tentera selatan Tacna terhadap Presiden Alberto Fujimori ; tetapi kemudian diampunkan oleh Kongres Peru , selepas kejatuhan rejim Fujimori .

Pada tahun 2005, beliau mengasaskan Parti Kebangsaan Peru dan bertanding dalam Pilihan raya Presiden 2006 . Pada 2006, Humala kalah dengan 47,47% Alan García yang mendapat 52,62% undi.

Pilihan raya Presiden 2011[sunting | sunting sumber]

Pada 10 April 2011, Humala sekali lagi bertanding dalam Pilihan raya Presiden 2011 . Gandinganya ialah Marisol Espinoza sebagai calon Naib Presiden. Kempen beliau disokong oleh golongan intelektual termasuk dari Universiti National San Marcos yang menandatangani 'Kerjasama Mempertahankan Demokrasi'. Lawan beliau ialah Keiko Fujimori,anak bekas Presiden Alberto Fujimori.

Akhirnya beliau dipilih sebagai Presiden Peru ke-94 dengan undi 51.5 %. Tetapi Bursa Saham Lima jatuh merudum selepas komander berhaluan kiri ini terpilih.

Humala berjanji akan membantu golongan miskin terutama di pedalaman. Kira-kira 1/3 daripada 29 juta penduduk Peru berada di bawah kemiskinan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]