Simón Bolívar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simón Bolívar
Simon Bolivar.jpg

Tempoh jawatan
1813 – 1814
1819 - 1830
1819 - 1830
12 Ogos 1825 - 29 Disember 1825
17 Februari 1824 - 28 Januari 1827
Didahului oleh Cristóbal Mendoza (1813)
Diganti oleh José Antonio Páez (1830)

Lahir 24 Julai, 1783
Caracas, Venezuela
Meninggal dunia 17 Disember 1830
Santa Marta, Colombia
Pasangan María Teresa Rodríguez del Toro y Alaysa

Simón José Antonio de la Santísima Trinidad Bolívar y Palacios (lahir 24 Julai 1783 di Caracas, Venezuela; mati 17 Disember 1830, di Santa Marta, Colombia) ialah seorang pemimpin beberapa gerakan kemerdekaan di seluruh Amerika Selatan. Gerakan ini dikenali sebagai Perang Bolívar.

Dikreditkan sebagai ketua gerakan kemerdekaan ini di negara-negara seperti Venezuela, Colombia, Ecuador, Peru, Panama, dan Bolivia, dia digelar wira di negara-negara ini.

Pada tahun 1802, dia mengahwini María Teresa Rodríguez del Toro y Alaysa. Isterinya meninggal dunia akibat penyakit demam kuning setahun kemudian. Bolivar tidak berkahwin lagi selepas itu.

Bolívar dikenali sebagai "El Libertador", Si Pembebas

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Simón Bolívar dilahirkan di Caracas, Venezuela, ke dalam sebuah keluarga yang kaya. Selepas ibu bapa Bolívar meninggal dunia dia dididik oleh pelbagai orang guru. Di antara gurunya ialah Simón Rodríguez, seseorang yang amat mempengaruhi Bolívar.

Selepas kematian ibu bapanya, dia pergi ke Sepanyol pada tahun 1799 untuk menghabiskan pengajiannya. Disana, dia megahwini María Teresa Rodríguez del Toro y Alaysa pada tahun 1802, tetapi sewaktu berada di Venezuela pada tahun 1803, dia menghidap demam kuning. Bolívar kembali ke Eropah pada tahun 1804.

El Libertador (Si Pembebas)[sunting | sunting sumber]

Bolívar kembali ke Venezuela pada tahun 1807, dan apabila Napoleon melantik Joseph Bonaparte sebagai Raja Sepanyol dan keseluruhan koloninya pada tahun 1808, Bolívar menyertai barisan pergerakan perjuangan di Amerika Selatan. Junta Caracas mengisytiharkan kemerdekaannya pada 1810 dan menghantar Bolívar ke Britain dalam misi diplomatik.

Bolívar kemabli ke Venezuela pada 1811. Tetapi pada bulan Julai 1812, pemimpin junta, Francisco de Miranda menyerah diri kepada pihak Sepanyol, dan Bolívar terpaksa melarikan diri ke Cartagena de Indias. Semasa waktu inilah Bolívar menulis Manifiesto de Cartagena.

Pada tahun 1813, selepas berjaya mendapat arahan mengetuai tentera New Granada dibawah arahan Kongres Tunja, dia mengetuai serangan ke atas Venezuela pada 14 Mei. Hal ini adalah permulaan Campaña Admirable (Kempen Laksamana). Dia memasuki Mérida pada 23 Mei, dimana dia diisytiharkan sebagai El Libertador (si pembebas daripada tentera Sepanyol), berikutan penawanan Trujillo pada 9 Jun. Enam hari kemudian, pada 15 Jun, dia mengisytiharkan Dekri Perang Sampai Mati (Decreto de Guerra a Muerte). Caracas ditawan semula pada 6 Ogos, 1813, dan Bolívar disahkan sebagai "El Libertador", maka dia mengisytiharkan Republik Kedua Venezuela. Berikutan pemberontakan José Tomás Boves pada tahun 1814 dan kejatuhan republik, dia kembali ke New Granada, dan mengetuai nasionalis Colombia dan memasuki Bogotá pada tahun 1814. Dia berhajat berarak ke Cartagena dan mendapatkan sokongan pejuang tempatan untuk menawan Santa Marta. Bagaimanapun, selepas beberapa pertikaian politik dengan kerajaan Cartagena, Bolívar melarikan diri ke Jamaica (1815), dan meminta bantuan Alexandre Pétion pemimpin Haiti.

Pada tahun 1816, Bolívar mendarat di Venezuela dan menawan Angostura (sekarang Ciudad Bolívar) selepas mendapat bantuan pihak Haiti (dia berjanji membebaskan hamba-hamba).

Kejayaan di Pertempuran Boyacá pada tahun 1819 menambahkan New Granada kepada wilayah-wilayah yang bebas daipada kekuasaan Sepanyol dan pada 7 September 1821, Gran Colombia (sebuah persekutuan yang meliputi Venezuela, Colombia, Panama, dan Ecuador) telah dicipta, dengan Bolívar sebagai presiden dan Francisco de Paula Santander sebagai naib presiden.

Legasi dan Kematian[sunting | sunting sumber]

Bolívar akhirnya bersara daripada jawatan presiden pada 27 April 1830.

Dia meninggal dunia ketika hendak belayar ke Eropah selepas menderita penyakit tuberculosis pada 17 Disember 1830 di Santa Marta, Colombia.

Mayatnya diubah dari Santa Marta ke Caracas pada tahun 1842, dimana sebuah monumen telah dibina bagi pengebumiannya.

Pingat dan Kepujian[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Persekutuan dicipta
Presiden Colombia Besar
1821–1830
Diikuti oleh:
Domingo Caycedo
Didahului oleh
José Bernardo de Tagle
Presiden Peru
Februari 1824 – Januari 1826
Diikuti oleh:
Andres de Santa Cruz
Didahului oleh
Republik dicipta
Presiden Bolivia
1825–1826
Diikuti oleh:
Antonio José de Sucre

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Bolívar melintasi 123 ribu kilometer, lebih daripada Christopher Columbus dan Vasco da Gama.
  • Presiden bagi enam negara: Bolivia, Colombia, Ecuador, Panama, Peru, dan Venezuela.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Presiden Venezuela.      Presiden Venezuela      Jata Negara Venezuela.
Mendoza | Bolívar | Bolívar | Páez | Vargas | Narvarte | Carreño | Soublette | Páez | Soublette | J.T. Monagas | J.G. Monagas | J.T. Monagas | Gual | J. Castro | Gual | Tovar | Gual | Páez | Falcón | Bruzual | Villegas | J.R. Monagas | Villegas | Guzmán | Linares | Varela | Guzmán | Crespo | Guzmán | H. López | Rojas | Andueza | Villegas | Crespo | Andrade | C. Castro | Gómez | Márques | Gómez | J. Pérez | Gómez | E. López | Medina | Betancourt | Gallegos | Delgado Chalbaud | Suárez Flamerich | Pérez Jiménez | Larrazábal | Sanabria | Betancourt | Leoni | Caldera | C. Pérez | Herrera | Lusinchi | C. Pérez | Velásquez | Caldera | Chávez | Carmona | Cabello | Chávez