Orang Kaukasia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Skullcauc.gif
Sebuah tengkorak yang dulu dikatakan khas "ras Kaukasoid"

Istilah "Orang Kaukasia"[1] pernah digunakan dahulu untuk menunjuk fenotip umum dari sebahagian besar penduduk Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan dan India Utara.[2] Keturunan mereka juga menetap di Australia, Amerika Utara, sebahagian dari Amerika Selatan, Afrika Selatan dan New Zealand. Anggota "orang Kaukasia" biasa disebut "berkulit putih", walaupun ini tidak selalu benar. Oleh beberapa pakar tamsilnya orang Ethiopia dan orang Somalia, yang tengkoraknya dilihat serupa tengkorak Kaukasoid, dianggap termasuk "rumpun" tersebut, walaupun mereka berambut kerinting dan berkulit hitam, ciri yang dianggap menentukan "rumpun Negroid".

Pakar genetik asal Itali Luigi Luca Cavalli-Sforza telah membuktikan bahawa pembahagia manusia dalam "rumpun" adalah suatu usaha yang sia-sia. Dengan demikian, dari segi biologi, istilah seperti "rumpun Kaukasoid" dan pada umumnya, "rumpun manusia", tidak dianggap lagi. Fenotip seseorang ditentukan oleh hanya sejumlah kecil gen. Secara biologi, hanya ada satu rumpun manusia, iaitu Homo sapiens sapiens.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. For a contrast with the "Mongolic" or Mongoloid race, see footnote #4 of page 58–59 in Beckwith, Christopher. (2009). Empires of the Silk Road: A History of Central Eurasia from the Bronze Age to the Present. Princeton and Oxford: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-13589-2.
  2. The Races of Europe by Carlton Stevens Coon. From Chapter XI: The Mediterranean World - Introduction: "This third racial zone stretches from Spain across the Straits of Gibraltar to Morocco, and thence along the southern Mediterranean shores into Arabia, East Africa, Mesopotamia, and the Persian highlands; and across Afghanistan into India."

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Rumpun manusia Templat:Manusia-stub