Orang Mentawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan sebuah tarian yang ditarikan oleh lelaki Mentawai yang menggambarkan ayam. Foto: KITLV (diambil sebelum 1940).
Uma, rumah panjang tradisional orang Mentawai

Orang Mentawai adalah penghuni asli Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia. Sebagaimana orang Nias dan Enggano, mereka adalah pendukung budaya Orang Asli Melayu Proto yang menetap di Kepulauan Nusantara sebelah barat. Daerah pendudukan orang Mentawai, selain di Mentawai juga terletak di Kepulauan Pagai Utara dan Pagai Selatan. Suku ini juga dikenali sebagai "Peramu" dan mereka bertutur bahasa Mentawai. Pada asalnya suku ini tidak mengetahui perihal bercucuk tanam. Tradisi yang khusus bagi suku ini adalah penggunaan tatu pada bahagian tubuhnya. Setiap tatu mempunyai erti tertentu kepada setiap individu misalnya tatu berperanan memberitahu status sosial pemakainya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]