Orang Negro Peter Agung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Orang Negro Peter Agung
Pengarang Alexander Pushkin
Judul asal Arap Petra Velikogo
Negara Rusia
Bahasa Rusia
Genre Novel sejarah
Tarikh terbitan 1837
Jenis media Cetak
ISBN Tidak berkaitan

Orang Negro Peter Agung (Bahasa Rusia: Арап Петра Великого, Arap Petra Velikogo, harfiah Arap Peter Agung, ialah sebuah novel sejarah karya Alexander Pushkin yang tidak diselesaikan. Novel ini ialah karya prosa pertama oleh pemuisi agung Rusia itu. Ia ditulis pada tahun 1827-28 dan diterbitkan pada tahun 1837.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pushkin memulakan novel ini pada akhir bulan Julai 1827 di Mikhailovskoe dan pada musim bunga tahun 1828 membaca beberapa draf kepada rakan-rakannya termasuk Pyotr Vyazemsky. Dua cebisan diterbitkan sepanjang hayat Pushkin: dalam almanak sastera Severnye Tsvety (1829) dan akhbar Literaturnaya Gazeta (Mac 1830). Semua bahagian-bahagian yang kekal mula-mula diterbitkan oleh para penyunting Sovremennik pada tahun 1837 selepas kematian Pushkin; para penyunting ini juga memberikan novel itu namanya.

Watak utama novel, Ibrahim, diasaskan secara kasar atas moyang Pushkin di sebelah ibunya, Abram Petrovich Gannibal, seorang negro Afrika yang dibawa ke Rusia pada zaman Peter I. Minat Pushkin terhadap sejarah dan susur-galur digabungkan bagi menggambarkan perubahan Rusia pada awal abad ke-18; zaman sejarah Rusia yang diperiksa semula oleh Pushkin dalam puisi naratifnya Poltava pada tahun 1829. Pengkritik sastera Rusia yang berpengaruh, Vissarion Belinsky menyatakan bahawa, "sekiranya novel ini diselesaikan ... kita akan memiliki novel sejarah Rusia yang luhur, yang menggambarkan peradaban zaman paling gemilang dalam sejarah Rusia."

Tidak diketahui sebab-musabab Pushkin tidak menghabiskan novelnya dan tiada garis kasar yang ditulis sendiri oleh Pushkin bagi menunjukkan bagaimana beliau merancang pembangunan plot novel. Mengikut rakan Pushkin, A. Wulf, "Tarikan utama novel, seperti dikatakan Pushkin, ialah kecurangan isteri Negro itu yang melahirkan anak orang putih, dan dihukum dengan dipaksa menjadi seorang biarawati." (A.S. Pushkin v vospominaniyah sovremennnikov, Moscow, 1950, pp. 324–325).

Ringkasan Plot[sunting | sunting sumber]

Novel membuka tirai dengan penggambaran moral dan adab masyarakat Perancis pada suku pertama abad ke-18; dengan kehidupan Negro itu di Paris, kejayaannya dlama masyarakat Perancis, dan perhubungan cintanya dengan seorang countess Perancis. Tetapi "menyahut panggilan Peter dan rasa tanggungjawabnya yang agak kabur" Ibrahim pulang ke Rusia. Bab-bab berikutnya, penuh dengan gambaran sejarah dan kepurbaan, memerikan lapisan masyarakat Rusia berlainan: majlis tari menari di Istana Musim Sejuk dan majlis makan malam boyar Gavrila Rzhevsky. Majlis kedua itu diganggu dengan ketibaan Tsar yang mahu Ibrahim berkahwin dengan anak perempuan Gavrila, Natalia.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Debreczeny, Paul. “The Blackamoor of Peter the Great: Pushkin’s Experiment with a Detached Mode of Narration.” Slavic and East European Journal. 18.2 (1974): 119-31.
  • Nicholas V. Riasanovsky. The Image of Peter the Great in Russian History and Thought. Oxford, Oxford UP, 1992.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]