Alexander Pushkin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alexander Sergeyevich Pushkin
Alexander Pushkin oleh Vasily Tropinin
Info kelahiran 6 Jun 1799(1799-06-06)
Moscow, Russian Empire
Kematian 10 Februari 1837 (umur 37)
Saint Petersburg, Russian Empire
Pekerjaan Penyajak, novelis, penulis drama



Tandatangan

Alexander Sergeyevich Pushkin (Bahasa Rusia: Алекса́ндр Серге́евич Пу́шкин, disebut [ɐlʲɪˈksandr sʲɪˈrɡʲejɪvʲɪtɕ ˈpuʂkʲɪn]  ( dengar)) (6 Jun [G.L.: 26 May] 179910 Februari [G.L.: 29 Januari] 1837) merupakan seorang pengarang Rusia pada era Romantisisme[1] yang dianggap oleh banyak orang sebagai penyajak teragung Rusia[2][3][4][5] dan pengasas sastera moden Rusia.[6][7]

Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Rusia di Moscow, Pushkin menerbitkan puisi pertamanya semasa berusia 15 tahun, dan sudah pun mendapat pengiktirafan meluas golongan ahli sastera sewaktu beliau menjadi siswazah daripada Tsarskoye Selo Lyceum.

Pushkin menulis drama termasyhurnya, drama Boris Godunov sewaktu berada di bawah pengawasan ketat polis politik Tsar, dan tidak mendapat kebenaran menerbitkan karya. Novel berbentuk puisinya, Eugene Onegin, ditulis secara bersiri antara tahun 1825 and 1832.

Terkenal dengan sikapnya yang amat cemburu akan penghormatannya, Pushkin terlibat dalam 29 perang tanding, dan beliau menerima kecederaan maut ketika berperang tanding dengan seorang pegawai tentera berkuda Perancis, Georges-Charles de Heeckeren d'Anthès, yang cuba menggoda isterinya, Natalya Pushkina. Kematian Pushkin pada umur muda (37 tahun) masih dianggap sebagai malapetaka bagi kesisteraan Rusia.

Sasterawan Negara Malaysia Usman Awang menggelar Pushkin sebagai "Bintang yang paling cemerlang sinarnya dari satu konstelasi penyair yang gilang gemilang".[8].

Senarai Karya[sunting | sunting sumber]

Prosa[sunting | sunting sumber]

  • 1828 – Arap Petra Velikogo (Арап Петра Великого); Orang Negro Peter Agung, novel yang tidak diselesaikan
  • 1831 – Povesti pokoynogo Ivana Petrovicha Belkina (Повести покойного Ивана Петровича Белкина); Cerita-cerita Mendiang Ivan Petrovich Belkin
    • Vystrel (Выстрел); Tembakan, cerpen
    • Metel (Метель); English translation: Ribut Salji, cerpen
    • Grobovschik (Гробовщик); Pengurus Mayat, cerpen
    • Stanzionny smotritel (Станционный смотритель); Ketua Stesen, cerpen
    • Baryshnya-krestyanka (Барышня-крестьянка); Anak Gadis Tuan Tanah, cerpen
  • 1834 – Pikovaya dama (Пиковая дама); Ratu Daun Sped, cerpen
  • 1834 – Kirdzhali (Кирджали); Kirdzhali, cerpen
  • 1834 – Istoriya Pugacheva (История Пугачева); Sejarah Pugachev, kajian tentang Pemberontakan Pugachev
  • 1836 – Kapitanskaya dochka (Капитанская дочка); Anak Gadis Kapten, novel
  • 1836 – Puteshestvie v Arzrum (Путешествие в Арзрум); Perjalanan ke Arzrum, sketsa pengembaraan
  • 1836 – Roslavlev (Рославлев); Roslavlev, novel yang tidak diselesaikan
  • 1837 – Istoriya sela Goryuhina (История села Горюхина); Cerita Kampung Goryukhino, cerpen yang tidak diselesaikan
  • 1837 – Yegipetskie nochi (Египетские ночи); Malam Mesir, cerpen yang tidak diselesaikan
  • 1841 – Dubrovsky (Дубровский); Dubrovsky, novel yang tidak diselesaikan

Terjemahan Pushkin ke bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Puisi dan Prosa Pilihan. Terjemahan Ramlah Muhammad, Zalila Sharif, Victor Pogadaev. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, 90 h. (Kepada Chaadayev. Dewi Air. Di Pedesaan. Biara di Gunung Kazbek. Tawanan. Kepada Laut. Gipsi. Lagu Bacchic. Kepada ***. Badai. Petang Musim Dingin. Lorong Musim Dingin. Azimat. Roman Georgia. Gagak Demi Gagak Terbang. Bunga. Pohon Upas. Kuda Muda. Daripada Pushkin. Kupernah Mencintaimu. Ketika Aku Susuri Lorong-Lorong Sibuk. Elegi. Syaitan. Kecantikan. Dari Pindemonte. Mozart dan Salieri. Syair Seoprang Nelayan Dengan Ikan Emas. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani).
  • Puisi dan Prosa Pilihan. Penyelenggara Boris Parnickel. Penterjemah Ramlah Muhammad, Zalila Sharif, Alexander Ogloblin, Victor Pogadaev, Tatiana Dorofeeva. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, 136 h. (Ke Chaadaev. Di Pedesaan. Duyung. Biara di Gunung Kazbek. Tawanan. Kepada Laut. Kepada ***. Lagu Bacchic. Malam Musim Dingin. Azimat. Kepada Puteriku Bersamaku. Pohon Upas. Seekor Gagak Terbang Menuju Gagak Yang Lain. Bunga. Kepada Betina Muda. Di Pergunungan Georgia Terentang Malam. Kupernah Mencintaimu. Sama Ada Aku Susuri Jalan-Jalan Sibuk. Hantu. Elegi. Peduli Apa Namaku Ini. Jelitawan. Dari Pindemonte. Dongeng Seorang Nelayan dan Seekor Ikan. Mozart dan Salieri. Ratu Sped).
  • Sekuntum Bunga. Mawar. Pentingkah Namaku. Gunung-Ganang di Gruziya Diselubungi Gelap. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani. Dongeng Seorang Nelayan dan Ikan Emas. - in: Victor Pogadaev. Penyair Agung Rusia Pushkin dan Dunia Timur. Monograph Series. Centre For Civilisational Dialogue. Universiti Malaya. N 6, 2003, p. 24-64.
  • Sekuntum Bunga. Mawar. Pentingkah Namaku. Gunung-Ganang di Gruziya Diselubungi Gelap. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani. Dongeng Seorang Nelayan dan Ikan Emas. – in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 26-54.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Basker, Michael. Pushkin and Romanticism. In Ferber, Michael, ed., A Companion to European Romanticism. Oxford: Blackwell, 2005.
  2. Short biography from University of Virginia, retrieved on 24 November 2006.
  3. Allan Reid, "Russia's Greatest Poet/Scoundrel", retrieved on 2 September 2006.
  4. "Pushkin fever sweeps Russia". BBC News, 5 June 1999, Retrieved 1 September 2006.
  5. "Biographer wins rich book price". BBC News, 10 June 2003, Retrieved 1 September 2006.
  6. Biography of Pushkin at the Russian Literary Institute "Pushkin House". Retrieved 1 September 2006.
  7. Maxim Gorky, "Pushkin, An Appraisal". Retrieved 1 September 2006.
  8. Victor Pogadaev. Penyair Agung Rusia Pushkin dan Dunia Timur. Monograph Series. Centre For Civilisational Dialogue. Universiti Malaya. N 6, 2003, p. 59.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pogadaev, Victor (2009). Mawar Emas. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. ISBN 978-983-068-350-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: