Osman Ayob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Osman Ayub ialah seorang penulis di Malaysia yang telah menghasilkan banyak karya. Beliau menerbitkan karya seperti Gelombang Buana, Anak Primadona dan Ombak Bukan Penghalang. Antara karyanya seperti novel Meniti Impian juga digunakan sebagai KOMSAS dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Tingkatan 2.[1]

"Osman Ayob amat mementingkan kualiti dalam penulisan novel dan cerpen. Osman Ayob jarang menghasilkan novel yang bertemakan percintaan semata-mata. Novel yang dihasilkan oleh Osman Ayob sering mendapat sambutan daripada Syarikat Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterbitkan. Corak penceritaan novel-novel Osman Ayob lebih kepada persoalan kemasyarakatan yang menghadapi pelbagai ujian hidup." -academia.edu: Pemikiran Osman Ayob dalam Novel Warna Sebuah Lembah

Latar Osman Ayob[2][sunting | sunting sumber]

Osman Ayob dilahirkan pada 18 April 1951 di Kampung Alor Gelenggang, di daerah Yan, negeri Kedah. Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Selepas itu, beliau lulus dan berjaya dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sebagai calon persendirian.

Pada tahun 2013, beliau menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 2017 sebelum peringkat Sarjana Sastera pada tahun 2021/2022. Beliau juga lulus PhD dari International Management Development Institute di Indonesia.

Karya Terbitan[3][4][5][sunting | sunting sumber]

Osman Ayob menerbitkan banyak karya. Beliau bermula menulis sejak tahun 1975 dalam genre cerpen dan novel. Beliau telah menghasilkan 170 buah cerpen dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Ini adalah senarai karya kebanyakannya:

Nama Karya Tahun Diterbitkan
Meniti Impian 1993
Dukhan: Langit Akhir Zaman 2013
Kumpulan Cerpen: Melamar Rindu 2001
Kumpulan Cerpen: Gila Tak Gila 2017
Menyisih Awan Kelabu 2006
Misteri Banglo Tinggal 1993
Lembah Kencana 2012
Gelombang Buana 2007
Kumpulan Cerpen: Tembok Masih Tinggi 2013
Kugenggam Tanganmu 2018
Ombak Bukan Penghalang 2007
Antologi Cerpen Remaja: Mutiara Bonda 2006
Anak Primadona 2012
Jeritan Pulau 2011
Komplot Sebuah Sarkas 2010
Kumpulan Cerpen: Bayangan Silam 2009
Warna Sebuah Lembah 1990
Merintis Denai 2005
Musim Itu Telah Berlalu 1984
Misteri di Latar Cermin 2012
Di Pinggir Kesedaran 1993
Hati yang Terguris 1990/1991
Antologi Puisi : Meniti Dekad 2016
Demi Kasihku 2012
Rumpun Nipah di Tengah Sawah 1985
Peniup Seruling 2000
Tafakur 2010

Hadiah dan Anugerah[2][6][sunting | sunting sumber]

Ini adalah senarai hadiah dan anugerah Osman Ayob:

Nama Hadiah dan Anugerah Tahun
Hadiah Utama Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 1981
Hadiah Cerpen Berunsur Islam 1980 dan 1983
Hadiah Novel Yayasan Sabah-GAPENA IV ?
Hadiah Utusan Cerpen Public Bank 1990 dan 1993
Hadiah Peraduan Mengarang Cerpen UMNO 50 Tahun 1996
Hadiah Peraduan Cerpen Berunsur Sejarah Kedah 1999
Hadiah Utama Peraduan Cerpen PERKESO (Kategori Bahasa Malaysia) 2000
Hadiah Penghargaan dalam Sayembara Penullisan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2006
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 Kategori Cerpen Eceran 2012
  1. ^ Meniti Impian (novel Osman Ayob), 2023-01-19, dicapai pada 2024-02-02
  2. ^ a b "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-02-02.
  3. ^ "Books by Osman Ayob (Author of Meniti Impian)". www.goodreads.com. Dicapai pada 2024-02-02.
  4. ^ "Osman Ayob: books, biography, latest update". Amazon.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
  5. ^ "Author Search Results". wilmu2.trglib.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.
  6. ^ Asri, Khairi. "pemikiran osman ayub dalam novel warna sebuah lembah". Cite journal requires |journal= (bantuan)