Yan, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Yan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Yan
Coat of arms of Kedah.jpg
Geografi
Status Daerah / Bandar
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Daerah Yan
Keluasan N/A
Daerah di Kedah

Kedah Flag.jpg

Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Yan
Pejabat daerah Yan
Pegawai daerah N/A
Kawasan
 - Jumlah 242 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 68,319
 - Kepadatan N/A/km²

Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan rekreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

  1. Hutan Lipur Gurun Kuari
  2. Hutan Lipur Perigi
  3. Hutan Lipur Sungai Teroi
  4. Hutan Lipur Sungai Kunyit
  5. Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
  6. Hutan Reakreasi Sri Perigi
  7. Hutan Rekreasi Batu Hampar
  8. Lubuk Kawah Kampung Teroi Bukit

Yan memiliki sebuah hospital, iaitu Hospital Yan.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Daerah Yan merupakan salah satu daripada beberapa daerah pentadbiran di Kedah. Daerah Yan merangkumi beberapa mukim di dalamnya seperti berikut :-

  1. Mukim Dulang
  2. Mukim Sala Besar
  3. Mukim Singkir
  4. Mukim Sungai Daun
  5. Mukim Yan
  6. Bandar Guar Chempedak
  7. Bandar Yan
  8. Pekan Simpang Tiga Sungai Limau
  9. Pekan Sungai Limau Dalam
  10. Pekan Teroi
  11. Pekan Singkir