Osteodistrofi hipertrofi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Osteodistrofi hipertrofi (HOD) ialah satu penyakit tulang yang berlaku pada anjing baka besar dan gergasi yang cepat membesar. Gangguan ini kadang-kadang dirujuk sebagai osteopati metafisis, dan secara tipikal pertama kali hadir pada umur antara 2 dengan 7 bulan.[1] HOD bercirikan pengurangan aliran darah kepada metafisis (bahagian tulang bersebelahan dengan sendi) membawa kepada kegagalan penulangan (pembentukan tulang) dan nekrosis dan keradangan tulang mampung.[2] Penyakit ini biasanya dwisisi di dalam tulang anggota, terutamanya radius distal, ulna, dan tibia.[3]

Baka anjing Weimar, seter Ireland, boxer, anjing gembala Jerman, dan anjing Denmark besar sangat diwakili dalam laporan kes HOD dalam sastera veterinar, tetapi keterukan gejala dan etiologi yang berkemungkinan boleh berbeza sesama baka lain. Contohnya, penggugusan kekeluragaan bagi penyakit ini telah didokumenkan pada anjing Weimar, tetapi bukan pada baka lain.[4] Penyakit ini pada anjing Weimar dan seter Ireland boleh menjadi terutamanya teruk, dengan kemortalan ketara dicerap pada anjing tidak terawat. Umur klasik bagi onset biasanya ialah 8 hingga 6 minggu, dengan jantan dan betina kedua-duanya sama terjejas.

Baka pada risiko meningkat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Thrall, Donald E. (1994). Textbook of Veterinary Diagnostic Radiology (edisi 2nd). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-3143-6. 
  2. "Hypertrophic Osteodystrophy". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. http://www.merckvetmanual.com/mvm/index.jsp?cfile=htm/bc/91504.htm. Capaian 6 Februari 2007. 
  3. Miller C (2001). "Hypertrophic osteodystrophy in a Great Dane puppy". Can Vet J 42 (1): 63–6. PMC 1476419. PMID 11195528. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1476419/. 
  4. Abeles, V, Harrus, S, Angles, JM, Shalev, G, Aizenberg, I, Peres, Y and Aroch, I. (1999). "Hypertrophic osteodystrophy in six Weimaraner puppies associated with systemic signs.". Vet Record 145 (5): 130–134. doi:10.1136/vr.145.5.130. PMID 10466830. 
  5. LaFond E, Breur G, Austin C (2002). "Breed susceptibility for developmental orthopedic diseases in dogs". J Am Anim Hosp Assoc 38 (5): 467–77. PMID 12220032.