Anjing pengutip keemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing pengutip keemasan
Negara asal Scotland
Ciri
Berat Jantan purata 29-34 kg (65-75 lbs)
Betina purata 27-32 kg (60-70 lbs)
Tinggi Jantan 58-61 cm (23-24 in)
Betina 55-57 cm (21 1/2-22 1/2 in)
Bulu lurus atau agak berombak-ombak
Warna mana-mana warna emas atau krim
Life span purata 10-12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip keemasan (Bahasa Inggeris: Golden retriever) ialah satu baka anjing bersaiz sederhana. Mereka dahulu dimajukan sebagai gundog untuk mengutip unggas air yang ditembak seperti itik dan burung perburuan tanah tinggi semasa pemburuan dan penembakan.[1] Mereka dinamai pengutip kerana kebolehan mereka untuk mengutip hasil buruan tanpa kerosakan. Anjing pemburu keemasan mempunyai cinta kenalurian akan air. Mereka mempunyai bulu dalaman yang tumpat yang memberi mereka kehangatan, dan bulu luaran tidak telap air yang terletak rata pada badan mereka. Anjing ini cukup tersesuai diri mereka terhadap persekitaran luar bandar atau desa. Sungguhpun mereka memerlukan senaman luar yang cukup banyak, mereka patut berada di dalam kawasan berpagar kerana naluri mereka sebagai anjing pemburu dan kecenderungan untuk merayau-rayau.[2]

Kecerdasan anjing pengutip keemasan menjadikan mereka serba boleh, membolehkan mereka untuk mengisi variasi peranan,, termasuk anjing pemandu untuk yang buta, anjing pendengar untuk yang tuli, anjing pemburu, pengesan dadah haram, dan peserta pencarian dan penyelamatan. Kerana sifat setia dan lemah lembut mereka, anjing pengutip keemasan juga anjing peliharaan keluarga yang popular.

Anjing pengutip keemasan mempunyai perilaku ramah dan suka merayu, dan merupakan baka anjing (mengikut pendaftaran) keluarga yang keempat paling popular di Amerika Syarikat,[3] kelima paling popular di Australia,[4] dan kelapan paling popular di United Kingdom.[5]

Rujukan [sunting]

  1. Sporting Breeds: Golden Retriever. Animal Forum.com. Dicapai pada 30 November 2007.
  2. Dogs In Canada Annual Magazine (keluaran 2010)
  3. AKC Dog Registration Statistics. AKC.org Dicapai pada 20 Julai 2011.
  4. "Pedigree Dogs Exposed – FAQ". RSPCA Australia. http://www.rspca.org.au/how-you-can-help/campaigns/pedigree-dogs/frequently-asked-questions.html. Capaian 3 Ogos 2010. 
  5. "Top twenty breeds in registration order for the years 2008 and 2009". The Kennel Club. http://www.thekennelclub.org.uk/download/7748/Top-20.pdf. Capaian 1 Ogos 2010. 

Pautan luar [sunting]

Templat:Anjing Scotland