PAP Mark 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PAP Mark 5 merupakan sistem pemusnah periuk api ROV.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

PAP Mark 5 telah dibangunkan dan dikilangkan oleh Société ECA. Ia merupakan generasi kelima dalam keluarga PAP 104.Ia terdapat dalam dua versi. Model asas dengan bateri dan sambungan fiber optik telah memasuki perkhidmatan sejak 1990. Kenderaan ini bergerak mendatar menggunakan dorongan dua tujahan sisi. Menggunakan tali panduan, kenderaan ini boleh mengemudi pada altitude kekal.

PAP Mark 5 mampu membawa 126 kg caj tempur NATO atau amunisi kawalan jauh Reca yang diperlukan bagi memastikan kemusnahan sepenunya periuk api. Pemotong letupan bagi memusnahkan periuk api bersauh boleh di bawa bersama dengan caj. PAP Mark 5 menggunakan eletronik berdasarkan mikroprosessor bagi memberikan pancaran data kadar tinggi yang tahan. Ia turut memiliki konsol kawalan ergonomik dan memberikan pengendali dengan bantuan pengandalian berbeza.

Bahagian hadapan kenderaan dikhususkan bagi penderia sonar bagi pengelasan dan pemindahan sasaran. Mengenal pasti sasaran dilakukan dengan menggunakan kamera TV cahaya rendah boleh teleng dan/kamera TV warna boleh teleng. Tujahan menegak digunakan bagi mebenarkan pengendalian tengah air. Beban tambahan boleh dimuatkan menggantikan caj, terdiri dari lengan pengendali dengan kamera dan projektor berkait.

Ciri lain termasuk: bateri asid-lead tertutup; penyesuaian panjang tali panduan bagi membenarkan penentuan tepat ketinggian kenderaan semasa misi dasar laut; kawalan radio bagi kembalik permukaan sekiranya kabel putus; kabel optik fiber bagi penghantaran imej. PAP Mark 5 memiliki tanda akoustik dan magnetik yang sangat rendah.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Lebih dari 450 kenderaan PAP termasuk 100 PAP Mark 5 dan 10 PAP Plus (versi dipertingkat PAP Mark 3) telah dihantar dan 16 tentera laut menggunakan mereka. Tentera laut yang mengendalikan PAP Mark 5 termasuk Tentera DiRaja, MSDF Jepun, Tentera laut Singapura dan Tentera laut Arab Saudi.

Kenderaan PAP telah melakukan lebih dari 40,000 misi termasuk banyak misi tempur berjaya di Laut Merah, Falkland, Teluk Persia dan lain-lain.

PAP Plus ditempah oleh Tentera laut Turki pada 1999.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Panjang: 3.1 m
Diameter: 1.2 m
Tinggi: 1.3 m
Berat (di udara): 850 kg (dengan caj NATO)
Kelajuan: 6 kt (max)
Julat operasi: 2,000 m (max mendatar)
Dalam operasi: 300 m (max mendatar)
Ketahanan: 90 min

Kontraktor[sunting | sunting sumber]

  • Société ECA
  • Boulogne-Billancourt.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]