Panasonic HDC SD5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panasonic HDC SD5
Panasonic HDC SD5
Panasonic HDC SD5
PRODUK Panasonic HDC SD5 [1]
HARGA RM4,449
SUMBER TENAGA DC 7.2 / 9.3V
PENGESAN IMEJ 1/6 inci CCD
LENSA 35 mm
ZUM 10 X optikal, 25/700 x digital
ILUMINASI STANDARD 1,400 lux
PAPARAN 2.7 inci
MEDIA Kad Memori SD / SDHC, DVD (SX5)
SAMBUNGAN USB 2.0 PictBrigde
DIMENSI 65 X 67 X 135 mm
BERAT 340 gm

Panasonic HDC SD5 ialah suatu jenama kamera video dari Panasonic. Ia selari dengan teknologi definisi tinggi (HDD) dengan fungsi untuk merakam video pada resolusi 1920 x 1080 piksel termasuk diperkuatkan sistem kamera asli Panasonic iaitu 3CCD.

Fungsi penstabil imej optikal diperkenalkan melalui peranti ini untuk membenarkan pengguna merakam secara lebih terperinci, cantik, imej tanpa kabur dan warna asli.

HDC SD5 ini membolehkan pengguna menyimpan hasil rakaman ke dalam kad ingatan jenis SDHC atau SD selain fungsi sambungan USB bagi memperbaharui simpanan data dan memainkan semula. Malah, SD5 juga mempunyai perkakasan DVD Burner VWBN1 membolehkan rekod secara tuaran dilakukan ke dalam format AVCHD untuk paparan di televisyen iaiti menghasilkan kualiti imej tinggi dengan enjin pemprosesan kristal serta teknologi penjimatan bateri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]