Kad ingatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
4 jenis utama kad ingatan (dari kiri ke kanan: CompactFlash, Memory Stick, Secure Digital, dan xD)

Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna.

Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.

Jadual data bagi format kad ingatan terpilih[sunting | sunting sumber]

Nama Akronim Bentuk DRM
PC Card PCMCIA 85.6 × 54 × 3.3 mm Tiada
CompactFlash I CF-I 43 × 36 × 3.3 mm Tiada
CompactFlash II CF-II 43 × 36 × 5.5 mm Tiada
SmartMedia SM / SMC 45 × 37 × 0.76 mm Tiada
Memory Stick MS 50.0 × 21.5 × 2.8 mm MagicGate
Memory Stick Duo MSD 31.0 × 20.0 × 1.6 mm MagicGate
Memory Stick Micro M2 M2 15.0 × 12.5 × 1.2 mm MagicGate
Multimedia Card MMC 32 × 24 × 1.5 mm Tiada
Multimedia Card Saiz Dikurangkan RS-MMC 16 × 24 × 1.5 mm Tiada
MMCmicro Card MMCmicro 12 × 14 × 1.1 mm Tiada
Secure Digital Card SD 32 × 24 × 2.1 mm CPRM
miniSD Card miniSD 21.5 × 20 × 1.4 mm CPRM
microSD Card microSD 11 × 15 × 1 mm CPRM
xD-Picture Card xD 20 × 25 × 1.7 mm Tiada
Intelligent Stick iStick 24 x 18 x 2.8 mm Tiada
Serial Flash Module SFM 45 x 15 mm Tiada
µ card µcard 32 x 24 x 1 mm Tidak diketahui
NT Card NT NT+ 44 x 24 x 2.5 mm Tiada

Memandangkan kebanyakan peranti EEPROM hanya membenarkan kitar tulis-padam yang terhad, kad ingatan menggunakan teknik perataan haus (wear-levelling) untuk menyerakkan kesan haus dan mengelakkan kehausan di bahagian tertentu sahaja.

Semua jenis kad ingatan secara sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Saiz fizikal kad ingatan yang semakin kecil tetapi saiz storan pula bertambah. (Compact flash 32MB, SD 128MB, miniSD 1.0GB, microSD 2.0GB)
  • Kad ingatan kilat PCMCIA ATA Type I (PC Card ATA Type I) (maksimum 8 GB flash setakat 2005)
    • Kad ingatan PCMCIA Linear, kad SRAM, dll.
    • Kad PCMCIA Type II, Type III
  • Kad CompactFlash® (Type I), CompactFlash High-Speed
  • CompactFlash® Type II, CF+(CF2.0), CF3.0
    • Microdrive (maksimum 6 GB setakat 2005)
  • MiniCard™ (maksimum 64 MB)
  • Kad SmartMedia™ (SSFDC) (maksimum 128 MB) (3.3 V,5V)
  • xD-Picture Card™, kad xD-Picture Type M
  • Memory Stick, Magic Gate Memory Stick (maksimum 128 MB); Memory Stick Select, MagicGate Memory Stick Select (
    • SecureMMC™
  • Secure Digital (Kad SD™), Secure Digital High-Speed, Secure Digital Plus/Xtra/dll (SD dengan penyambung USB)
    • Kad miniSD™
    • Kad microSD™ (juga dikenali sebagai Transflash, T-Flash)
  • MU-Flash (Mu-Card)
  • C-Flash™
  • Kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan)
  • Kad pintar (Piawaian Kad ISO 7810, Piawaian Kad ISO 7816, dll.)
  • UFC (USB FlashCard) [1] (menggunakan USB)
  • Piawaian Kad Ingatan Mudah alih Sejagat FISH (menggunakan USB)
  • Kad ingatan cakera:
  • Intelligent Stick (iStick, kad ingatan kilat berasaskan USB dengan MMS)
  • Kad ingatan SxS™ (S-by-S), spesifikasi kad ingatan baru yang dibangunkan oleh Sandisk dan Sony. SxS serasi dengan piawaian industri ExpressCard™. [2]
  • Nexflash Winbond kad Modul Kilat Sesiri (SFM), saiz antara 1 MB, 2 MB dan 4 MB.

Kad ingatan dalam konsol permainan video[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan konsol permainan video kini menggunakan kad ingatan untuk menyimpan data permainan, memandangkan permainan video diedarkan dalam bentuk cakera optikal.

Saiz dalam kurungan adalah bagi kad ingatan rasmi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]