Paramedik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sesi latihan paramedik di Australia.

Paramedik adalah pekerjaan profesional perubatan yang lazimnya berkhidmat dalam peruntukan perkhidmatan perubatan kecemasan di sesebuah kawasan. Peranan utama paramedik adalah menyediakan penjagaan perubatan dan trauma sebelum pemasukan ke hospital, diikuti oleh peralihan ke penjagaan definitif jika berpatutan.[1] Kebanyakan paramedik bertugas dengan memandu ambulans atau kenderaan gerak balas seumpamanya, tetapi ada yang memegang peranan di hospital, misalnya merawat kecederaan kecil.

Sungguhpun istilah paramedik digunakan secara meluas untuk menghuraikan semua pangkat kakitangan ambulans tanpa mengira tahap kelayakan atau latihan,[2] namun kebanyakan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman menyekat penggunaan istilah paramedik mengikut undang-undang, di mana sesiapa yang mengaku diri sebagai paramedik dikehendaki lulus dalam serantaian peperiksaan dan penempatan klinik, serta memiliki pendaftaran, pensijilan atau lesen sah bersama sebuah lembaga pentadbiran[3], selaras dengan perlindungan untuk pekerjaan kesihatan lain seperti doktor dan jururawat.

Negara lain pula tiada sekatan undang-undang terhadap penggunaan gelaran paramedik, maka semua kakitangan ambulans boleh bergelar paramedik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Careers: Paramedic science". Faculty of Health and Social Care Sciences, Kingston University London and St George's, University of London. 
  2. Brouhard, Rod. "The difference between and EMT and a Paramedic". About.com. Diperolehi pada 2008-07-26. 
  3. "National Reregistration and the Continuing Competence of EMT-Paramedics DOT HS 810 577". 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]