Perkhidmatan perubatan kecemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah ambulans di England
Paramedik dan juruteknik mengusung pesakit ke dalam ambulans udara di Afrika Selatan

Perkhidmatan perubatan kecemasan (bahasa Inggeris: emergency medical services, EMS) ialah sejenis perkhidmatan kecemasan yang berperanan menyediakan penjagaan perubatan akut di luar hospital atau dalam perjalanan ke hospital, kepada pesakit yang mengalami penyakit atau kecederaan yang dipercayai oleh pengamal perubatan atau pesakit itu sendiri sebagai kecemasan perubatan.[1]

Tujuan perkhidmatan perubatan kecemasan biasanya adalah memberikan rawatan yang memuaskan kepada sesiapa yang memerlukan jagaan perubatan segera, ataupun membawa pesakit ke titik jagaan definitif yang seterusnya (jabatan kecemasan di hospital atau suatu tempat yang adanya pakar perubatan), tepat pada masanya. Istilah "perkhidmatan perubatan kecemasan" berubah untuk mencerminkan perubatan daripada sistem ambulans ringkas yang hanya memberikan pengangkutan, kepada suatu sistem yang memberikan jagaan perubatan sebenar di tempat kejadian dan juga dalam pengangkutan. Di sesetengah negara membangun, istilah ini tidak digunakan, ataupun disalah guna, kerana tiadanya rawatan kepada pesakit, sebaliknya sekadar mengangkut pesakit ke titik jagaan.[2]

Di kebanyakan negara, perkhidmatan perubatan kecemasan dipanggil oleh orang awam (atau khidmat kecemasan lain, perniagaan atau pihak berkuasa) melalui nombor telefon kecemasan yang menghubungkan mereka dengan kemudahan kawalan yang kemudiannya mengutuskan pihak yang sesuai untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.[3]

Di sesetengah negara, unit EMS boleh menjalankan operasi penyelamatan teknikal seperti operasi mencari dan menyelamat.[4] Tahap latihan dan kelayakan untuk ahli-ahli dan kakitangan perkhidmatan perubatan kecemasan adalah berbeza-beza dari negara ke negara. Setidak-tidaknya, ahli-ahli yang hadir hanya layak untuk memandu ambulans tanpa latihan perubatan.[2] Akan tetapi, kebanyakan sistem ada kakitangan yang mempunyai pengetahuan pertolongan cemas yang asas, seperti bantuan hayat asas (BLS). Sistem EMS yang lebih lengkap pula dilengkapi dengan kakitangan bantuan hayat lanjutan (ALS) seperti paramedik, jururawat ataupun pakar perubatan.[5]

Tujuan[sunting | sunting sumber]

6 perkara Bintang Hayat

Perkhidmatan perubatan kecemasan wujud untuk memenuhi prinsip-prinsip asas pertolongan cemas, iaitu Menyelamatkan Nyawa, Mengelakkan Keadaan Daripada Bertambah Teruk, dan Melegakan Kesakitan.

Tema umum perubatan ini ditunjukkan oleh "Bintang Hayat" yang terdiri daripada enam cabang yang melambangkan enam perkara. Enam perkara ini digunakan untuk melambangkan enam peringkat penjagaan pra-hospital yang bermutu tinggi, iaitu:[6]

  1. Pengesanan awal[6] - Orang umum atau pihak lain bertemu dengan kejadian dan memahami masalah
  2. Pelaporan awal[6] - Orang pertama di tempat kejadian memanggil perkhidmatan perubatan kecemasan dan memberikan keterangan yang secukupnya untuk mendapat gerak balas
  3. Gerak balas awal[6] - Penyelamat profesional (EMS) yang pertama tiba di tempat kejadian secepat mungkin supaya boleh memulakan bantuan
  4. Penjagaan baik di tempat[6] - Perkhidmatan perubatan kecemasan memberikan tindakan yang sesuai dan tepat pada masa untuk merawat pesakit di tempat kejadian
  5. Penjagaan dalam pengangkutan[6] - Perkhidmatan perubatan kecemasan mengangkut pesakit dalam pengangkutan yang sesuai untuk meneruskan penjagaan perubatan yang sesuai sepanjang perjalanan
  6. Peralihan ke jagaan definitif[6] - Pesakit diserahkan kepada latar penjagaan yang sesuai, seperti jabatan kecemasan di hospital, di bawah penjagaan pakar perubatan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is EMS?". NHTSA. Dicapai pada 3008-08-09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ a b "Motorcycle Ambulance Trailer Project Gets Off The Ground With MAN ERF UK". Transport News Network. 2006-07-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-22. Dicapai pada 2008-08-07.
  3. ^ "EU document on European adoption of 112 emergency number" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-20. Dicapai pada 2007-06-29.
  4. ^ "EMS Special Operations". Town of Colonie EMS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-08. Dicapai pada 2007-06-29.
  5. ^ "Difference between EMT (BLS) and Paramedic (ALS)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 2008-08-20.
  6. ^ a b c d e f g "Design, Origin and Meaning of the Star of Life". NHTSA. Dicapai pada 2008-08-09.