Paulus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
St. Paul Si Hawari
StPaul ElGreco.jpg
St. Paul, oleh El Greco
Hawari kepada orang bukan Yahudi, Santo, Martyr
Lahir sekitar 10
Tarsus
Meninggal sekitar 67
Rome semasa Penindasan Nero
Dikanunkan sebelum penjemaahan
Tempat keramat Gereja Saint Paul di luar tembok
Hari perayaan
  • 25 Januari (Pemelukkan Paul)
    *10 Februari (Perayaan bangkai kapal St Paul di Malta)
    *29 Jun (Perayaan Saint Peter dan Paul)
    *18 November (Perayaan didedikasi kepada gereja Saint Peter dan Paul)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Saint Paul sedang menulis surat-surat
Pemelukkan Saint Paul, oleh Jean Fouquet.
Bab Kisan, di mana Paul melarikan diri daripada Damsyik
Saint Paul, pada relik gading Byzantine, kurun ke-6 atau awal ke-7 (Musée de Cluny)
Pemelukkan menuju ke Damsyik, oleh Caravaggio.

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan hawari bagi agama Kristian walaupun tidak pernah berguru secara langsung dengan Jesus. Paul atau Paulus adalah gelarannya.

Michael H. Hart dalam dalam buku 100 Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Nabi Muhammad dan Jesus/Nabi Isa.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Paulus adalah seorang Yahudi yang lahir di Tarsus iaitu di tanah Kilikia, berguru pula dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati disegenap kaumnya dan ia adalah dari seorang kaum Farisi (Pharisees). Paulus sendiri menyatakan dirinya berketurunan Rom. Paulus dikatakan mati pada 64 m yakni di zaman Kaisar/Maharaja Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan dengan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas telas ditulis oleh Lukas, jadi oleh itu maka tidak hairanlah jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus dalam tulisannya. [2]

Paulus memasukkan ajaran Philo[sunting | sunting sumber]

Paulus telah menyelitkan dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam institusi gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo merupakan ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan adalah murid Philo dan juga Plato serta bukan murid Jesus kerana tidak pernah berguru dengannya. [3].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus[sunting | sunting sumber]

Paulus dikatakan telah banyak menulis dan mengutus surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus kemudiannya telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul juga telah diiktiraf sebagai kanon. Oleh itu maka lengkaplah ajaran-ajaran yang bersumberkan dari Paulus itu menjadi sebahagian ajaran-ajaran rasmi agama Kristian yang didakwa oleh Paulus sebagai ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus[sunting | sunting sumber]

Ketika di zaman Jesus, Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan juga para pengikutnya. Dia tidak pernah berguru kepada Jesus sendiri tetapi kemudian setelah ketiadaan Jesus tiba-tiba dia mengaku telah bertaubat iaitu setelah peristiwa pemelukkan, dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Dalam kejadian itu, Paulus mendakwa telah berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik (iaitu ketika sedang memburu pengikut Nasrani) lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini. Menurut Paulus dia terjatuh dari tungganganya akibat disapa oleh Jesus yang bertanya mengapa dia selalu menyakiti umat Nasrani.

Setelah kejadian itu, dia mengaku bertaubat. Dia melaporkan kejadian yang dialaminya kepada murid-murid Jesus sebelum diterima menjadi ahli, tetapi disingkirkan kemudian akibat tuduhan menyeleweng lalu memulakan gerakannya sendiri.

Bagi orang Kristian hari ini, Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan kedalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru yang dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus bertindak sebagai penyeludup ke dalam agama Nasrani dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil buatan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk dari golongan yang sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Tuhan, menghapuskan selama-lamanya amalan bersunat yang diperintahkan oleh Allah dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian[sunting | sunting sumber]

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan beragama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat[sunting | sunting sumber]

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik yakni ketika dia sedang hendak menangkap dan memenjara para pengikut Kristian yang semakin bertambah ramai.

Paulus mendakwa telah berjumpa secara hakiki dengan Roh Jesus, orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang yang percaya kepada Jesus mencadangkan Paulus itu dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul[sunting | sunting sumber]

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengakui dirinya menjadi salah seorang dari rasul Jesus. Sedangkan Jesus sendiri tidak pernah diketahui oleh orang akan pelantikan/pengangkatan si Paulus itu menjadi rasulnya. Hanya Paulus seendiri menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus yang lain untuk mempelajari ajaran Jesus dengan harapan Paulus itu memang bersungguh-sungguh telah bertaubat, namun di pengakhirannya Paulus telah berselisih pendapat dengan Barnabas. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus[sunting | sunting sumber]

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara secara langsung dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya itu tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus, tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus pada ketika itu sudah tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi dan bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain[sunting | sunting sumber]

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza[sunting | sunting sumber]

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwayat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang sedikitpun daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza[sunting | sunting sumber]

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Sukar sekali menacari titik kesesuaian.[4]

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi[sunting | sunting sumber]

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir[sunting | sunting sumber]

Jesus hanya diperintah untuk mengembangkan agama Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi tinggalan Musa mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir.

Paulus menghapuskan bersunat[sunting | sunting sumber]

Amalan bersunat amat penting dan signifikan dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah meminda dan menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya demi untuk menarik minat bukan yahudi terhadap Kristian. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian yang kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan ia kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis[sunting | sunting sumber]

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan yang dilarang untuk dimakan seperti dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa[sunting | sunting sumber]

Jesus datang bukan hendak merombak hukum Taurat tetapi bagi menyempurnakannnya. Menurut Injl Matius 5:17-19, sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga. Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam Peti Perjanjian/Tabut Assakinah ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa kini sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan tentang dosa warisan[sunting | sunting sumber]

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwarisi kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18).

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus[sunting | sunting sumber]

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia iaitu menyucikan semua pengikutnya dari dosa warisan ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara[sunting | sunting sumber]

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan[sunting | sunting sumber]

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir[sunting | sunting sumber]

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [5]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan[sunting | sunting sumber]

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik[sunting | sunting sumber]

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [6]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak[sunting | sunting sumber]

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau Tuhan', 'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama : Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur , 1982, hlm 369
  1. http://www.adherents.com/adh_influ.html Religious Affiliation of History's 100 Most Influential People
  2. Dr S Van Der Linder , Tafsiran Rum , Badan penerbitan Kristian , Jakarta, 1960)
  3. Khawaja Kmaludin, BA, LLB, Mata Aliran Kekristianan, 64-65
  4. Drs M.E. Duyverman - Pembimbing ke Dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1966, hlm 87
  5. Drs M.E Duyverman, Pembimbing ke dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian , Jakarta, 1965)
  6. Dr H Van Den Brick - Tafsiran Kisah Rasul-Rasul , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1960, hlm 5