Caligula
| Caligula | |
|---|---|
| Maharaja Empayar Rom | |
| Patung Caligula (Ny Carlsberg Glyptotek) | |
| Tempoh pemerintahan | 16 Mac 37 M– 24 Januari 41 M |
| Didahului oleh | Tiberius |
| Diikuti oleh | Claudius |
| Pasangan | 1) Junia Claudilla, 33–34 2) Livia Orestilla, 37 / 38 3) Lollia Paulina, 38 4) Milonia Caesonia, ?–41 |
| Putera-puteri | |
| Julia Drusilla Tiberius Gemellus (anak angkat) |
|
| Nama penuh | |
| Gaius Julius Caesar Germanicus (sebelum naik takhta); Gaius Julius Caesar Augustus Germanicus (sebagai maharaja) |
|
| Ayahanda | Germanicus |
| Bonda | Agrippina yang Lebih Tua |
| Kelahiran | 31 Ogos 12 M Antium, Empayar Rom |
| Kemangkatan | 24 Januari 41 (umur 28) Palatine, Rom, Empayar Rom |
| Pengebumian | Rom, Itali |
Caligula, nama asalnya Gaius Caesar (12-41), adalah Maharaja Rom (37-41) yang lahir di Antium (sekarang Anzio, Itali) dan putera bongsu general Rom Germanicus Caesar dan cucu lelaki Maharaja Rom Tiberius. Kehidupan awalnya di kem tentera memberikannya gelaran Caligula (Latin, "But Kecil") kerana kasut tentera yang dipakainya kecil. Tiberius menamakan cucunya, Gemellus Tiberias, dan Caligula sebagai waris bersama kepada takhta baginda, tetapi Senat Rom dan orang ramai memilih Caligula sebagai satu-satunya Maharaja. Caligula mengambil Gemellus sebagai anak angkatnya tapi kemudian membunuh Gemellus. Baginda seorang pemerintah yang berbelas kasihan untuk enam bulan pertama, dan menjadi pemerintah kejam selepas sakit teruk. Para sejarawan percaya bahawa dia mungkin menjadi gila. Caligula membazirkan kekayaannya untuk hiburan dan membina projek-projek; membuang atau membunuh sebahagian besar kaum kerabatnya; menyeksa dan membunuh orang sambil melihatnya ketika baginda makan; menjadikan kuda kesayangannya seorang konsul; mengisytiharkan dirinya sebagai dewa dan membina kuil-kuil dan membuat pengorbanan untuk dirinya sendiri. Pada tahun 41, pegawai dan pengawal baginda bersekongkol untuk menentang dan akhirnya membunuh baginda.
| Riwayat Hidup Dua Belas Caesar, atau de vita Caesarum oleh Suetonius |
|---|
| Julius Caesar - Augustus - Tiberius - Caligula - Claudius - Nero - Galba - Otho - Vitellius - Vespasian - Titus - Domitian |