Pelabur asing dan ekonomi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelabur asing dan ekonomi Malaysia sangat berkaitan. Kemajuan ekonomi Malaysia sebagaimana Model Ekonomi Baru amat bergantung kepada pelabur asing asing.

Punca pelabur tidak masuk[sunting | sunting sumber]

Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Stewart Forbes menyalahkan perlindungan istimewa sepertim kepada orng Melayu. Pelabur asing yang skeptikal beralih ke China, India, Thailand dan Vietnam untuk menanam modal.

Punca ketidakhadiran pelabur asing adalah ekonomi Malaysia masih terperangkap dalam sistem berasaskan buruh dan bukannya berpaksikan teknologi tinggi dan ilmu pengetahuan.

Selain itu, permohonan untuk memulakan operasi mengambil masa yang terlalu lama untuk diluluskan.Sektor automotif di Thailand berkembang pesat kerana sokongan berterusan daripada kerajaan Thai, tidak seperti di Malaysia yang dasarnya berubah-ubah apabila bertukar menteri.

Dasar membantu orang Melayu[sunting | sunting sumber]

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan bahawa majoriti yang masih ketinggalan perlu dibantu .Dasar afirmatif oleh mana-mana kerajaan di seluruh dunia tidak pernah menyebabkan pelabur asing tidak menanam modal.

Paling utama ialah penerima faedahnya ialah individu yang berkelayakan dan berkemahiran tanpa membabitkan amalan kronisme. Orang Melayu berhak mempertahankan hak mereka kerana ada pihak tertentu yang sengaja buat-buat tidak faham. Kerajaan tentu tidak sanggup melihat orang Melayu yang merupakan majoriti lemah ekonominya dan jauh ketinggalan berbanding orang Cina dan India. Ketidakstabilan sosial seperti Peristiwa 13 Mei pasti akan berlaku.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]