Pelancongan di Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mulut Kubu Alamgiri di Kubu Lahore, Punjab
Tasik Saiful Muluk, terletak di hujung utara Lembah Kaghan, berhampiran dengan bandar Naran di Taman Negara Saiful Muluk
7,788-meter-ketinggian (25,551 ka) kemuncaknya Gunung Rakaposhi berkedudukan di atas Lembah Hunza

Pelancongan di Pakistan ialah industri yang sedang dibina oleh pihak pemerintah.[1] Pada tahun 2010, Lonely Planet menggelari Pakistan sebagai "tourism's next big thing". Negara ini mempunyai kepelbagaian geografi dan etnik, serta mempunyai pelbagai tapak warisan sejarah dan budaya. Condé Nast Traveler meletakkan Pakistan sebagai tujuan bagi pelencongan bagi Perlop Terbaik pada tahun 2020 [2] dan turut mengisytiharkannya sebagai kedudukan pengembaraan berpotensi ketiga tertinggi di dunia 2020.[2] Syarikat tempatan seperti Destination Pakistan memegang kunci bagi merangka dan promosi perjalanan bersahabat bagi pelancong dan menyiapkan kemudahan-kemudahan bagi pelancong antarabangsa. Menurut syarikat pelancongan itu, punca halangan utama pelancongan ialah pandangan mengenai keamanan. Syarikat berikhtiar memudahkan pelancong dengan cara menghapuskan prasangka itu dan menjamin keperluan rasa aman bagi pelancong-pelancong. Selepas keselamatan dalam negara bertambah baik, pelancongan meningkat laju; dalam dua tahun iaitu 300%.[3] Pemerintah Pakistan telah mengazamkan khidmat visa dalam bentuk online bagi 175 negara[4] dan 50 negara itu ditawarkan visa semasa ketibaan,[5] menjadikan lawatan ke Pakistan lebih mudah. Negara ini menerima banyak lawatan dari pemvlog-pemvlog pelancongan, yang mengesyorkan keelokan negara. Tempat yang menjadi kegemaran mereka biasanya daerah-daerah Pakistan Utara, seperti Hunza dan Skardu.[6]

Selain vlogger, Pakistan menjadi besi berani bagi pemanjat gunung. Negara ini merupakan salah satu negara yang mempunyai pegunungan termasuk ke dalam kategori lapan ribuan (cth. bahagian timur K2). Pada 2018, British Backpacker Society mengungkapkan bahawa "Pakistan salah satu negara paling indah di bumi, dengan pemandangan gunung yang tiada terkilan dalam benak paling liar sesiapa".[7] Selain daripada pegunungan yang indah, Laporan Daya Saing Perjalanan & Pelancongan Forum Ekonomi Dunia juga meletakkan pelbagai kedudukan di Pakistan dalam 25 peratus tujuan global teratas bagi Tapak Warisan Dunianya, yang terdiri daripada hutan bakau di delta Indus hingga tapak tamadun Lembah Indus termasuk Mohenjo-daro dan Harappa.[8]

Menurut Laporan Daya Saing Perjalanan dan Pelancongan Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2017, sumbangan langsung perjalanan dan pelancongan bagi KDNK Pakistan pada tahun 2015 ialah AS$328.3 juta daripada 2,8% bilangan KDNK.[9] Sehingga 2025, Pemerintah Pakistan mempunyai rancangan, pelancongan akan mampu menyumbang Templat:PKRConvert kepada ekonomi Pakistan nantinya.[10]

Pada Oktober 2006, setahun selepas gempa bumi Kashmir 2005, The Guardian mengeluarkan senarai "lima tapak pelancongan teratas di Pakistan" untuk membantu pelaburan pelancongan negara. [11] Tapak yang dipromiskan tersebut ialah Lahore, Lebuhraya Karakoram, Karimabad dan Tasik Saiful Muluk. Bagi mempromosikan warisan budaya negara, pada 2007, Pakistan menggalakkan kempen pemasaran bertajuk "Visit Pakistan" ("Datanglah ke Pakistan"). Pemerintah mengasas pelbagai acara di dalamnya termasuk perarakan, kajian keagamaan, perlawanan sukan serantau, pertunjukan seni dan kraf, festival rakyat dan pembinaan muzium sejarah.[12]

Pada 2013, lebih daripada setengah juta pelancong melawat Pakistan, merekodkan pendapatan sebesar $298 juta; bilangan ini telah meningkat dibandingkan tahun-tahun sebelum ini kepada lebih 6.6 juta pelancong tahun 2018.[13] Asal pelancong terbesar ialah dari United Kingdom, diikuti oleh Amerika Syarikat, India kemudian China.[14] [15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "More than one million tourists visited northern areas of Pakistan this season". The Express Tribune. 5 August 2016.
  2. ^ a b "Pakistan Ranked 'The Best Holiday Destination' For 2020 By Leading Travel Magazine". eurasiantimes.com (dalam bahasa Inggeris). December 14, 2019. Dicapai pada 29 May 2020.
  3. ^ "Is Pakistan safe in 2020? All you need to know". Against the Compass (dalam bahasa Inggeris). 11 November 2019. Dicapai pada 29 May 2020.
  4. ^ "Countries eligible for Pakistan Online Visa". Pakistan Online Visa System (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 May 2020.
  5. ^ "List of Countries for Visa on Arrival(Tourist)". Pakistan Online Visa System (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 May 2020.
  6. ^ Noor, Sadia (9 August 2019). "Foreign travel vloggers show the magnificent natural beauty of Pakistan to the world". Daily Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 May 2020.
  7. ^ Jamal, Sana (28 December 2017). "Pakistan tops list of world's best travel destination for 2018". GulfNews. Dicapai pada 23 May 2018.
  8. ^ "The road between China and Pakistan". Financial Times. 4 July 2009. Dicapai pada 27 September 2010.
  9. ^ Ahmed, Amin (9 April 2017). "Pakistan improves ranking on tourism competitiveness index". Dawn.
  10. ^ "Tourism to contribute over Rs1 trillion by 2025". The Express Tribune. 17 December 2015.
  11. ^ Windsor, Antonia (17 October 2006). "Out of the rubble". The Guardian. London. Dicapai pada 25 May 2010.
  12. ^ "Tourism Events in Pakistan in 2010". Tourism.gov.pk. Dicapai pada 27 September 2010.
  13. ^ Junaidi, Ikram (30 September 2019). "Tourist traffic witnesses sharp increase in five years". Dawn.
  14. ^ "2 About 0.9m tourists visited Pakistan in 10 months". Dawn. 10 September 2010. Dicapai pada 17 June 2016.
  15. ^ "Pakistan – International tourism". www.indexmundi.com. Dicapai pada 17 June 2016.