Tamadun Lembah Indus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Takat Tamadun Lembah Indus
Zaman Gangsa
Neolitik

Timur Dekat (3300-1200 SM)

Kaukasus, Anatolia, Levant, Mesir, Mesopotamia, Elam, Sistan
Kejatuhan Zaman Gangsa

Subbenua India (3000-1200 SM)

Eropah (3000-600 SM)

Aegia
Kaukasus
Budaya Catacomb
Budaya Srubna
Budaya Beaker
Budaya Unetice
Budaya Tumulus
Budaya Urnfield
Budaya Hallstatt
Zaman Gangsa Atlantik
Britain Zaman Gangsa
Zaman Gangsa Nordik
Zaman Gangsa Itali

China (3000-700 SM)

Korea (1000-300 SM)

Gangsa arsenik
tulisan, kesusasteraan
pedang, rata

Zaman Besi

Tamadun Lembah Indus (IVC) ialah tamadun Zaman Gangsa (3300-1300 SM; fasa matang 2600-1900 SM) yang berpusat terutamanya di bahagian barat [1] subbenua India [2][3] dan yang berkembang maju di sekitar lembangan Sungai Indus.[n 1] Tamadun ini yang berpusat terutamanya di sepanjang Sungai Indus dan wilayah Punjab kemudian diperluas ke lembah Sungai Ghaggar-Hakra [7] dan Doab Gangga-Yamuna,[8][9] lalu merangkumi sebahagian besar daripada apa yang kini merupakan Pakistan, serta juga negeri-negeri barat India zaman moden, Afghanistan tenggara, dan bahagian paling timur di Balochistan, Iran.

Fasa matang Tamadun Lembah Indus dikenali sebagai Tamadun Harappa, sempena nama Harappa, kotanya yang pertama yang digali. Penggalian itu dilakukan pada tahun 1920 di apa yang pada saat itu merupakan provinsi Punjab India British (kini Pakistan).[10] Penggalian tapak-tapak IVC telah berlangsung sejak 1920, dengan kejayaan cemerlang yang paling terkini tercapai pada 1999.[11] Mohenjo-Daro, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan satu lagi tapak arkeologi IVC yang terkenal.

Bahasa Harappa tidak dapat dibuktikan secara langsung, dengan hubungannya dengan bahasa yang lain tidak diketahui. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan bahasa Proto-Dravidia, Elamo-Dravida, atau (Para-) Munda telah dicadangkan oleh para cendekiawan seperti Iravatham Mahadevan, Asko Parpola, |F.B.J. Kuiper, dan Michael Witzel.

[sunting] Nota dan rujukan

Nota
  1. Tamadun ini kekadang disebut sebagai tamadun Ghaggar-Hakra Indus atau tamadun Indus-Sarasvati. Gelaran Indus-Sarasvati itu mungkin berdasarkan perkaitan Sungai Ghaggar-Hakra dengan Sungai Sarasvati yang disebut dalam Nadistuti sukta, salah satu gita puja dalam Rig Veda, tetapi penggunaannya telah dipertikaikan atas dasar linguistik dan geografi.[4][5][6]
Rujukan
  1. http://www.harappa.com/har/indus-saraswati.html
  2. http://uk.encarta.msn.com/encyclopedia_761556839/indus_valley_civilization.html
  3. http://www.mohenjodaro.net/mohenjodaroessay.html
  4. Ching, Francis D. K.; Jarzombek, Mark;Prakash, Vikramaditya (2006). A Global History of Architecture, 28–32, Hoboken, N.J.: J. Wiley & Sons. ISBN 0471268925.
  5. McIntosh 2001, p. 24.
  6. Ratnagar, Shereen (2006). Trading Encounters: From the Euphrates to the Indus in the Bronze Age, Oxford University Press, India. ISBN 019568088X.
  7. Possehl, G. L. (October 1990). "Revolution in the Urban Revolution: The Emergence of Indus Urbanization". Annual Review of Anthropology 19: 261–282. doi:10.1146/annurev.an.19.100190.001401. http://arjournals.annualreviews.org/toc/anthro/19/1?cookieSet=1. Capaian 2007-05-06. See map on page 263
  8. Indian Archaeology, A Review. 1958-1959. Excavations at Alamgirpur. Delhi: Archaeol. Surv. India, pp. 51–52.
  9. Leshnik, Lawrence S. (October 1968). "The Harappan "Port" at Lothal: Another View". American Anthropologist, New Series, 70 (5): 911–922. doi:10.1525/aa.1968.70.5.02a00070. http://links.jstor.org/sici?sici=0002-7294(196810)2%3A70%3A5%3C911%3ATH%22ALA%3E2.0.CO%3B2-2. Capaian 2007-05-06. 
  10. Beck, Roger B.; Linda Black, Larry S. Krieger, Phillip C. Naylor, Dahia Ibo Shabaka, (1999). World History: Patterns of Interaction, Evanston, IL: McDougal Littell. ISBN 0-395-87274-X.
  11. "'Earliest writing' found", BBC News, 1999-05-04. Dicapai pada 2010-01-05. 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain