Peluru berpandu Al Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al Hussein atau al-Husayn adalah pengkelasan bagi peluru berpandu Iraq. Semasa Perang Iran-Iraq pada tahun 1988-90, Iraq cuba membangunkan program roket tempatan mereka, yang berasaskan kepada meningkatkan prestasi peluru berpandu Scud. Kota Tehran yang terleta, sekitar 300 batu dari sempadan Iran-Iraq, terletak di luar jarak Scud-B standard yang mampu menjangkau jarak tembakan 300 km. Untuk mengatasi kekurangan ini, Iraq meningkatkan jarak Scud dua kali, dengan bergantung kepada bantuan teknikal dan peralatan asing.

Peningkatan pertama, digelar al-Husayn mempunyai jarak 600-650 km, membenarkan serangan ke atas Tehran. Roket ini diubah suai melalui pengurangan berat beban sekitar 300 hingga 350 kilogram. Sepanjang 11.20 meter dan berdaimeter 0.90 meter, Al Hussein sejajar dengan lebih kurang Scud-B (panjang: 11.50 meter; diameter: 0.88 meter). Al-Husayn mampu menjangkau kebanyakan wilayah Israel dan keseluruhan Syria dalam jarak tembakan. Enam puluh buah peluru berpandu ini ditembak ke arah Arab Saudi dan Israel pada bulan Januari dan Februari 1991.

Lihat juga:[sunting | sunting sumber]