Peluru berpandu balistik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah kapal selam milik Tentera Laut Diraja British melepaskan peluru berpandu balistik Trident II.

Peluru berpandu balistik merupakan sejenis peluru berpandu yang biasanya tanpa sayap ataupun ridip, mempunyai arah yang tetap, yang tidak dapat ditukar selepas peluru berpandu balistik kehabisan bahan bakar dan arahnya akan ditentukan oleh hukum balistik. Untuk menjangkau jarak jauh, peluru berpandu balistik perlu dilancarkan jauh ke udara dan sering kali mencecah altitud orbit rendah bumi. Peluru berpandu balistik biasanya direka untuk membawa nuklear kerana keupayaan mereka terlalu terhad untuk membawa bahan letupan biasa yang berkesan, dan suhu melampau ketika kemasukan semula ke atmospera bumi akan merosakkan beban kimia atau biologi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu V2 Jerman telah membuktikan bahawa peluru berpandu balistik mampu membawa bahan letupan ke bandar sasaran tanpa dapat dipintas, dan penggunaan senjata nuklear menjamin kerosakan yang besar apabila mengenai sasaran. Ketepatan sistem ini pada awalnya agak rendah tetapi tidak begitu penting disebabkan kekuatan bom nuklear yang digunakan, tetapi pembangunan selepas perang telah memperbaiki konsep pelantar inersia sehingga ke tahap ia mampu digunakan sebagai sistem pemanduan bagi ICBM yang terpaksa terbang beribu kilometer ke sasarannya. Pada hari ini peluru berpandu balistik hanyalah merupakan penghalang strategik dalam kebanyakan doktrin angkatan tentera. Penekanan Tentera Udara Amerika Syarikat kepada pesawat pengebom yang mempunyai pemandu dianggap berasaskan langkah politik semata-mata.

Kebanyakan peluru berpandu balistik moden mempunyai beberapa tahap roket dan arah mereka mampu ditukar sedikit dari satu tahap ke tahap yang lain. Ini adalah untuk mengelak kepala peledak berjaya dipintas oleh peluru pemandu pemintas.

Peluru berpandu balistik berbeza dari jarak dan kegunaannya, dan sering dibahagikan bergantung kepada jarak. Sebagai contoh, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah peluru berpandu balistik jarak jauh (jarak lebih dari 5500 km). Peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana sering juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik pertempuran.

Senarai peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu balistik khusus termasuk:

Peluru beroandu ini sering dilancarkan dari tapak tetap, pelancar mudah alih, dan kapal selam. Peluru berpandu balistik khusus kapal selam termasuk:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]