Peluru berpandu Scud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peluru berpandu scud wz.8K/14 (Scud B)

Scud merupakan Nama lapuran NATO (bukannya akronim) untuk peluru berpandu balistik bahan api cair jarak dekat darat ke darat tentera SOviet, the SS-1. Biro Rekabentuk Makeyev OKB "Makeyev OKB Design Bureau" memajukannya berasaskan V2 Jerman pada 1950s. Variasi adalah -B pada 1961 dan -C pada 1965, keduanya mampu membawa samaada bahan letupan berkuasa tinggi, 5 hingga 80 kiloton nuklear, atau kimia (kepala peletus VX) pekat. Variasi -D dimajukan pada 1980an mampu membawa kepala peletus bahan letupan berkuasa tinggi biasa, atau 100 5-kg "anti-personnel" bom kecil.

Kesemua model adalah sepanjang 11.25 [[meter] (kecuali Scud-A, yangmana satu meter lebih pendek) dan 0.88 meter diameter. Scud ditujah oleh satu enjin yang membakar samaada minyak tanah "kerosene" dan asid nitrik dalam Scud-A, atau UDMH dan RFNA (Russian SG-02 Tonka 250) dalam model lain.

Nama "Scud" juga digunakan untuk merujuk kepada peluru berpandu yang diubahsuai oleh Iraq. Diubah untuk jarak jauh, ia menonjol ketika Perang Teluk "Gulf War", apabila beberapa peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel (40) dan Arab Saudi (46). Sistem peluru berpandu Patriot buatan US mengakui kejayaan menembak jatuh peluru berpandu tersebut, tetapi ramai kritik mengatakan bahawa ketepatan peluru berpandu Patriot adalah diperbesar-besarkan.

Kesemua versi "Scud" berasaskan dari roket V-2 Jerman (sebagaimana kebanyakan peluru berpandu dan roket awal Amerika Syarikat) dan tidak tepat disebabkan bentuk rekaan mereka. Pengubahsuaian Irak berjaya meningkatkan jarak, tetapi pada masa yang sama mengorbankan ketepatan.

Nama "Scud" juga digunakan untuk merujuk kepada siri peluru berpandu yang diubahsuai oleh Iraq. Diubah untuk jarak jauh, Scud menonjol ketika Perang Teluk "Gulf War", apabila beberapa peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel (40) dan Arab Saudi (46). Sistem peluru berpandu Patriot buatan US mengakui kejayaan menembak jatuh peluru berpandu tersebut, tetapi ramai kritik mengatakan bahawa ketepatan peluru berpandu Patriot adalah diperbesar-besarkan.

Kesemua versi "Scud" berasaskan dari roket V-2 Jerman (sebagaimana kebanyakan peluru berpandu dan roket awal Amerika Syarikat) dan amat tidak tepat disebabkan rekacipta mereka. Pengubahsuaian Irak meningkatkan jarak, tetapi mengorbankan ketepatan.

Sebagaimana misil lain, kelebihan ketenteraan senjata ini adalah muda alih, di atas kenderaan TEL (transporter-erector-launcher) "pengangkut-pemasangan- pelancar". Sifat mudah alih ini menberikan pilihan pelancaran dan peningkatan daya selamat sistem persenjataan ini sehinggakan daripada 100 pelancar yang didakwa dimusnahkan oleh pemandu pesawat "coalition" dan tentera khas dalam Perang Teluk tidak ada satu pemusnahan itu dapat disahkan selepasnya.

Pihak Iraq membangunkan empat versi: Scud, Scud jarak jauh, peluru berpandu Al Hussein, dan peluru berpandu Al Abbas. Selain daripada senjata yang hampir tidak diubahsuai ia bukanlah senjata misil yang berjaya disebabkan ia cenderung untuk berkecai dalam penerbangan dan hanya mampu membawa kepala peledak yang kecil.

Ciri-ciri umum[sunting | sunting sumber]

DIA SS-1b SS-1c SS-1dSS-1e
NATO Scud-A Scud-B Scud-CScud-D
Tarik ditauliahkan 1957 1965 19651980s
Ditamatkan 1978
Jarak 130 km300 km 575-600km700 km
CEP (jangkaan NATO)4,000 m 900 m 900 m50 m

Lihat juga[sunting | sunting sumber]