Peluru berpandu Blue Steel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peluru berpandu Blue Steel adalah peluru berpandu balistik senjata nuklear sedia guna (stand-off) bagi negara British. Dimajukan semenjak 1954 ia beroperasi dari Februari 1963 sehingga 1969. Ia sepanjang 10 meter (35 kaki) dengan sayap selebar 4 meter (13 kaki), seberat 7000 kilogram (15,000 paun) dan jarak sejauh 240 kilometer (150 batu). Berenjin roket dua-kamar menggunakan hidrogen peroxide dan minyak tanah "kerosen". Kepala peledaknya adalah Red Snow peranti satu-megaton.

Peluru berpandu Blue Steel merupakan peluru berpandu udara ke darat yang dilancarkan dari pesawat pengebom V. Apabila dilancarkan, enjin roket kamar pertama akan melancarkan peluru berpandu pada laluan yang telah ditentukan kepada sasaran dengan kelajuan Mach 1.5. Apabila menghampiri sasaran kamar kedua akan melancarkan peluru berpandu pada Mach 3. Di atas sasaran, enjin akan mati dan peluru berpandu akan jatuh bebas sebelum meletupkan kepala peledak sebagai letusan udara.

Penggantian untuk peluru berpandu Blue Steel, Mark 2, telah dirancang dengan jarak lebih jauh dan enjin ramjet, tetapi dibatalkan disebabkan kesukaran memajukan Mark 1.

Peluru berpandu jarah dekat ini bermakna pesawat pengebom V masih terdedah kepada peluru berpandu darat ke udara "Surface-to-air missile" (SAM). Terdapat beberapa percubaan untuk memajukan atau mendapatkan gantian -- peluru berpandu Blue Streak dan Skybolt ALBM adalah dua kegagalan yang jelas.