Pemangku Presiden Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemangku Presiden Amerika Syarikat adalah seseorang yang memangku jawatan Presiden sementara, apabila Presiden tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya, tetapi masih kekal di pejabat. Kedudukan ini telah bermula di bawah Pindaan ke-25 Perlembagaan Amerika Syarikat. Pemangku Presiden mempunyai semua kuasa Presiden dan tugas.

Senarai Pemangku Presiden Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Setakat ini terdapat dua Pemangku Presiden. Kedua-duanya adalah Naib Presiden:

  1. Naib Presiden George H. W. Bush menjadi pemangku presiden untuk Presiden Ronald Reagan, apabila Reagan sedang menjalani pembedahan untuk membuang polip tidak berbahaya di dalam usus besar beliau.[1]
  2. Naib Presiden Dick Cheney menjadi pemangku presiden dua kali untuk Presiden George W. Bush, apabila Bush juga sedang menjalani pembedahan untuk membenarkan doktor untuk melihat ke dalam usus besar jika terdapat tumor dan membuang 5 polip kecil pada 29 Jun 2002 dan 21 Julai 2007.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]