George H. W. Bush
| George Herbert Walker Bush | |
|
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 20 Januari, 1989 – 20 Januari, 1993 |
|
| Naib Presiden | Dan Quayle |
| Didahului oleh | Ronald Reagan |
| Digantikan oleh | Bill Clinton |
|
|
|
| Tempoh berjawat 20 Januari, 1981 – 20 Januari, 1989 Pemangku Presiden Amerika Syarikat pada 13 Julai, 1985 |
|
| Presiden | Ronald Reagan |
| Didahului oleh | Walter Mondale |
| Digantikan oleh | Dan Quayle |
|
Pengarah Perisikan Pusat A.S. ke-11
|
|
| Tempoh berjawat 20 Januari, 1976 – 20 Januari, 1977 |
|
| Presiden | Gerald Ford |
| Didahului oleh | William E. Colby |
| Digantikan oleh | Adm. Stansfield Turner |
|
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Daerah Kongres ke-7 Texas
|
|
| Tempoh berjawat 3 Januari, 1967 – 3 Januari, 1971 |
|
| Didahului oleh | John V. Dowdy |
| Digantikan oleh | Bill Archer |
|
|
|
| Tarikh lahir | 12 Jun 1924 (88 tahun) |
| Tempat lahir | Templat:Country data Massachusetts Milton, Massachusetts |
| Parti politik | Parti Republikan |
| Pasangan | Barbara Pierce Bush |
| Alma mater | Yale University |
| Pekerjaan | Peniaga |
| Agama | Episcopal |
| Tandatangan | |
George Herbert Walker Bush (lahir 12 Jun 1924) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-41 (1989–1993). Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres dari Texas (1967–1971), duta untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1971–1973), pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (1973–1974), Ketua Pejabat Perhubungan Amerika Syarikat di Republik Rakyat China (1974–1976), Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) (1976–1977), Pengerusi Bank Antarabangsa Pertama di Houston (1977–1980), dan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43 di bawah Presiden Ronald Reagan (1981–1989).
Seorang penerbang tentera laut yang dikurniai pingat, Bush juga merupakan bekas perajurit Perang Dunia II terakhir yang pernah berkhidmat sebagai Presiden. Bush ialah bapa kepada George Walker Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43 dan yang terkini. Bapanya, Prescott Bush, ialah Senator Amerika Syarikat.
Untuk kedua-dua dasar dalam negeri dan luar negara, Presiden Bush mengamalkan dasar-dasar yang sederhana. Pada hari-hari terakhir Perang Dingin, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dasar luar negara Amerika Syarikat semasa peralihan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur daripada negara komunis kepada negara demokrasi liberal yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Bush memperjuangkan konsep Aturan Dunia Baru yang menggantikan konfrontasi ketenteraan dan strategik dengan undang-undang antarabangsa dan sepersetujuan sejagat sebagai cara untuk mencapai matlamat-matlamat diplomasi. Idea ini diamalkan semasa Perang Teluk apabila Amerika Syarikat menghimpunkan sebuah gabungan sejagat untuk menterbalikkan serangan Kuwait oleh Iraq di bawah Saddam Hussein.
Untuk dasar dalam negeri, inisiatif Bush yang paling ketara ialah Akta Penyelarasan Peruntukan Pelbagai (Omnibus Budget Reconciliation Act) 1990 yang merupakan suatu tolak ansur dengan ahli-ahli Parti Demokrat dalam Kongres yang penuh dengan perbalahan. Akta itu bertujuan untuk menukarkan kawalan perbelanjaan dengan kenaikan cukai untuk mengimbangkan belanjawan persekutuan.
| Rencana ini merupakan rencana stub. Bahan-bahan rencana dalam bahasa Inggeris disediakan dalam bentuk tersirat. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. Anda boleh menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan perisian penterjamah LinguaWEB untuk membantu anda. |