Pembalut perubatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembalut dibalut di kaki mangsa di hospital.

Pembalut perubatan atau pembebat perubatan ialah pad steril dan mampat yang digunakan untuk menutup luka akibat kecederaan bagi menggalakkan penyembuhan dan melindungi luka daripada bahaya selanjutnya. Pembalut perubatan direkacipta bersentuhan langsung dengan luka, seperti yang diunggulkan daripada pembalut, yang kerap digunakan untuk membalut di di mana-mana tempat. Pada era moden, kebanyakan pembalut ini boleh dilekat sendiri.[1]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pembalut mempunyai beberapa tujuan, bergantung pada jenis, keterukan dan kedudukan sesuatu luka, walaupun tujuan utamanya ialah menggalakan pemulihan dan melindungi daripada bahaya. Tujuan utama pembalut adalah:

  • Memberhentikan pendarahan – membantu menutup luka untuk mempercepatkan proses pembekuan darah (trombus).
  • Melingdungi daripada sebarang jangkitan – untuk melindungi luka daripada mikroorganisma dan kerosakan mekanikal.
  • Menyerap eksudat – untuk menyerap darah, plasma, dan cecair lain yang dikeluarkan dari luka, terdapatdi satu tempat dan mencegah maserasi.
  • Meringankan kesakitan – sama ada dengan kesan analgesik, mampatan atau sekadar menghalang kesakitan daripada trauma selanjutnya;
  • Debrid luka – untuk mengeluarkan kotoran dan benda asing dari luka untuk mempercepatkan penyembuhan;
  • Mengurangkan tekanan psikologi - untuk menutup luka yang sembuh dari pandangan pesakit dan orang lain.

Akhirnya, tujuan pembalut adalah untuk mempercepatkan penyembuhan luka dengan menyediakan persekitaran yang steril, menaglirkan udara dan lembap yang memudahkan granulasi dan penyembuhan. Kemudian akan mengurangkan risiko jangkitan, membantu luka sembuh dengan lebih cepat, dan mengurangkan luka parut.[2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pembalut perubatan boleh mengawal persekitaran kimia luka, untuk mencegah jangkitan dengan impregnasi bahan kimia antiseptik topikal.[3] Antiseptik yang biasa digunakan termasuk iodin povidon, pembalut kain tiras borasik atau minyak jarak.[4] Antibiotik juga sering digunakan bersama-sama pembalut untuk mencegah jangkitan kuman. Madu bergred perubatan merupakan salah satu pilihan antiseptik, dan terdapat bukti sederhana bahawa pembalut madu lebih berkesan daripada antiseptik. Kasa biasa digunakan untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan.[5] Pembalut bioelektrik berkesan dalam menyerang bakteria perintang antibiotik dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.[6][7]

Terdapat beberapa jenis pembalut perubatan yang biasanya terdapat di dalam peti pertolongan cemas, iaitu:[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "First Aid Equipment, Supplies, Rescue, and Transportation". Hospital Corpsman. Naval Education and Training Command. 2003. m/s. 3–1.
  2. ^ Eaglstein, William H. (2001-02-01). "Moist Wound Healing with Occlusive Dressings: A Clinical Focus". Dermatologic Surgery (dalam bahasa Inggeris). 27 (2): 175–182. doi:10.1046/j.1524-4725.2001.00299.x. ISSN 1524-4725. PMID 11207694. S2CID 6036583.
  3. ^ "pressure dressing". thefreedictionary.com.
  4. ^ Gallant, A. E. (1897). "Report upon the Use of a Mixture of Castor oil and Balsam of Peru as a Surgical Dressing". Annals of Surgery. 26 (3): 329–339. PMC 1425429. PMID 17860484.
  5. ^ Jull AB, Cullum N, Dumville JC, Westby MJ, Deshpande S, Walker N (6 March 2015). "Honey as a topical treatment for wounds". Cochrane Database of Systematic Reviews. 3 (3): CD005083. doi:10.1002/14651858.CD005083.pub4. PMID 25742878.
  6. ^ Kim, H; Makin, I; Skiba, J; Ho, A; Housler, G; Stojadinovic, A; Izadjoo, M (24 Feb 2014). "Antibacterial efficacy testing of a bioelectric wound dressing against clinical wound pathogens". Open Microbiol J. 8 (1): 15–21. doi:10.2174/1874285801408010015. PMC 3950956. PMID 24627730.
  7. ^ Banerjee, Jaideep; Ghatak, Piya Das; Roy, Sashwati; Khanna, Savita; Sequin, Emily K.; Bellman, Karen; Dickinson, Bryan C.; Suri, Prerna; Subramaniam, Vish V.; Chang, Christopher J.; Sen, Chandan K. (3 March 2014). "Improvement of Human Keratinocyte Migration by a Redox Active Bioelectric Dressing". PLoS ONE. 9 (3): e89239. Bibcode:2014PLoSO...989239B. doi:10.1371/journal.pone.0089239. PMC 3940438. PMID 24595050.
  8. ^ "Pertolongan Cemas - Pembebatan dan Pembalutan" (PDF). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Terengganu. 2014. Dicapai pada 18 September 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]