Juruteknik perubatan kecemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bintang Hayat, lambang perkhidmatan perubatan kecemasan sedunia
EMT mengusung pemain ski yang cedera ke dalam ambulans

Juruteknik perubatan kecemasan (bahasa Inggeris: Emergency Medical Technician, EMT) atau juruteknik ambulans ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan seorang petugas penjagaan kesihatan kecemasan.[1]

Erti jitu istilah ini berbeza mengikut setempat, tetapi lazimnya, juruteknik perubatan kecemasan membalas panggilan kecemasan, membuat prosedur-prosedur perubatan tertentu serta mengangkut pesakit ke hospital mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan oleh pengarah perubatan. Mereka menganggotai perkhidmatan ambulans (berbayar mahupun sukarela), pasukan penyelamat teknik, atupun perkhidmatan bersekutu seperti bomba atau polis.

Juruteknik perubatan kecemasan juga dilatih untuk menilai keadaan pesakit, serta melakukan prosedur perubatan kecemasan yang perlu untuk memberi pesakit itu jalan udara dengan pernafasan dan peredaran kardiovaskular yang memadai sehingga pesakit boleh dipindahkan ke destinasi yang sesuai untuk penjagaan perubatan lanjutan. Antara intervensi yang boleh dilakukan ialah resusitasi jantung paru-paru, nyahfibrilasi, mengawal perdarahan luaran yang parah, mencegah kejutan, melarang gerakan badan untuk menghindari kerosakan spina, serta pensplinan tulang patah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Emergency Medical Technicians and Paramedics". US Department of Labor, Bureau of Labor Statistics. Dicapai pada 2008-03-10.