Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin adalah pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin yang dijumpai oleh pemilik lot kedai di 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Pada mulanya beliau dilaporkan hilang selepas beliau pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri pada 20 Ogos 2007 lalu.

Foto Nurin Jazlin(Utusan)

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah NGO.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Pengebumian[sunting | sunting sumber]

JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.(Utusan)
ORANG ramai mengerumuni kereta jenazah yang membawa mayat Nurin Jazlin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, selepas disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah Seksyen 1, Wangsa Maju. (Utusan)

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad. Seramai 500 hadirin mengadiri pengebumian yang diakhiri oleh oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Ganjaran[sunting | sunting sumber]

Ramai individu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Nurin. Di antara individu-individu yang menawarkan ganjaran termasuklah Tan Sri Robert Pang, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebanyak RM5000, MCA sebanyak RM10000 dan beberapa individu yang enggan dikenali menawarkan sebanyak RM5000.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Berikutan dari kes pembunuhan kejam ini Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan telah menubuhkan pasukan penyiasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi membantu usaha memburu dan menangkap suspek yang terlibat dalam pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

Berikutan dari kes ini juga, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mewujudkan satu unit baru yang dinamakan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak, yang dianggotai pegawai-pegawai wanita.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata unit itu, yang akan juga dikenali nama lain D11, ditubuhkan bagi memantap dan meningkatkan tahap kecekapan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.

“Jabatan itu dianggotai 101 anggota wanita yang terlatih untuk mengendalikan kes-kes seksual, penderaan dan kanak-kanak,”

Pada 28 september 2007. Empat orang lelaki dan seorang wanita telah di tahan untuk membantu siasatan.

Kes-kes serupa[sunting | sunting sumber]

Menurut pojok Bisik-bisik Awang Selamat dari Utusan, terdapat beberapa kes yang serupa seperti kes Nurin. Antaranya adalah:

  • Ang May Hong (1987)
  • Nursyuhada Burak (2000)
  • Nurul Huda Abdul Ghani (2004)