Penarafan oktana
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Penarafan oktana adalah suatu pengukuran rintangan penyalaan sendiri bagi petrol dan bahanapi lain yang digunakan di dalam enjin pembakaran dalaman jenis enjin penyalaan bunga api. Ia merupakan satu pengukuran anti-letusan suatu petrol atau bahanapi.
Nombor oktana adalah nombor yang memberikan peratusan, dalam isipadu, bagi iso-oktana di dalam campuran iso-oktana dan heptana, yang memberikan kapasiti anti-ketukan yang boleh dipertimbangkan. Contohnya, petrol dengan perwatakan ketukan enjin yang setara dengan yang menggunakan campuran 90% iso-oktana dan 10% heptana akan mempunyai nombor oktana 90. [1]
Isi kandungan |
[sunting] Definisi penarafan oktana
Penarafan oktana bagi bahan api enjin penyalaan bunga api adalah tahap ketahanan daripada ketukan berbanding campuran iso-oktana (2,2,4-trimetilpentana, isomer bagi oktana) dan n-heptana. Daripada definisi tersebut, iso-oktana disetkan nombor oktananya kepada 100 manakala heptana pula bernilai sifar. Petrol oktana 87 contohnya menghasilkan penarafan anti-ketukan yang sama dengan campuran 87% (bagi isipadu) iso-oktana dan 13% (bagi isipadu) n-heptana. Ini bukanlah semestinya bermaksud petrol tersebut betul-betul mengandungi pecahan campuran sedemikian, hanya sifat anti-ketukannya sahaja yang sama dengan campuran yang telah diterangkan tadi.
Kecenderungan untuk menyala sendiri, atau penarafan oktana yang rendah, tidak dikehendaki pada enjin pembakaran bunga api tetapi amat dikehendaki pada enjin diesel. Piawaian bagi kualiti pembakaran minyak diesel ialah nilai setana. Minyak diesel yang mempunyai angka setana yang tinggi mempunyai kecenderungan tinggi untuk menyala sendiri, seperti yang dikehendaki.
Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri. Atas sebab inilah satu bentuk isomer bercabang bagi oktana (2,2,4-trimetilpentana) mempunyai (mengikut definisi) nilai oktana 100, manakala n-oktana (lihat oktana), yang mempunyai susunan lurus 8 atom karbon, mempunyai nilai oktana -10, walaupun kedua-duanya mempunyai formula kimia yang sama serta nilai haba dan kelajuan api yang hampir serupa.
[sunting] Rujukan
- ↑ Page 992. Brown, Theodore, and LeMay, Eugene, et al. Chemistry: The Central Science. Ninth edition. Pearson Education Inc. Upper Saddle River, NJ. 2003. ISBN 0-13-066997-0.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
Penarafan oktana bagi sebahagian hidrokarbon
Maklumat am
- Oktana 116 dengan Suntikan AirAlcoholinjectionsystems.com
- Kurangkan Letusan dengan Suntikan Air Alcoholinjecionsystems.com
Khoo, Kenny K. Understanding Octane and its Related Components. Yellowknife: Smithsonian Press, 2006.