Pencemaran bunyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah pesawat Boeing 747-400 berlalu agak dekat dengan rumah sebelum mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.

Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Isi kandungan

[sunting] Kesan pada kesihatan manusia

Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi . Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.[3][4][5][6] Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik.[4][7]

Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah, sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79.[8] Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan, berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan pendengaran.[3]

Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan [3] dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi.[9]

[sunting] Kesan alam sekitar

Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.[10]

Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.[11]

Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard.[12] Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.[13] Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.

Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas.[14] Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.

Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.[15]

[sunting] Kesan pencemaran bunyi di UK

Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan, berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh April 2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari kediaman persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK mengeluarkan 8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta Tingkah-laku Anti-Sosial ("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12 bulan terakhir, 524 rampasan peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar suara, stereo dan televisen kuat. Majlis Dewan Bandar Westminster telah menerima aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk berbanding daerah lain di UK dengan 9,814 aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan 42.32 aduan setiap seribu penduduk. Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000 penduduk terletak di London.[16]

[sunting] Pengurangan dan mengawal bunyi

Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.

Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.

Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.

Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.[17]

[sunting] Rujukan

  1. Senate Public Works Committee, Noise Pollution and Abatement Act of 1972, S. Rep. No. 1160, 92nd Cong. 2nd session
  2. C. Michael Hogan and Gary L. Latshaw, The relationship between highway planning and urision specialty conference, 21-23 Mei 1973, Chicago, Illinois. by American Society of Civil Engineers. Urban Transportation Division
  3. 3.0 3.1 3.2 S. Rosen and P. Olin, Hearing Loss and Coronary Heart Disease, Archives of Otolaryngology, 82:236 (1965)
  4. 4.0 4.1 J.M. Field, Effect of personal and situational variables upon noise annoyance in residential areas, Journal of the Acoustical Society of America, 93: 2753-2763 (1993)
  5. "Noise Pollution". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. http://www.euro.who.int/Noise. 
  6. "Road noise link to blood pressure". BBC News. http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/8247217.stm. 
  7. Karl D. Kryter, The Effects of Noise on Man , Academic Press (1985)
  8. Rosenhall U, Pedersen K, Svanborg A (1990). "Presbycusis and noise-induced hearing loss". Ear Hear 11 (4): 257–63. doi:10.1097/00003446-199008000-00002. PMID 2210099. 
  9. Jesús Barreiro, Mercedes Sánchez, Montserrat Viladrich-Grau (2005), "How much are people willing to pay for silence? A contingent valuation study", Applied Economics, 37 (11)
  10. Effects of Anthropogenic Noise in the Marine Environment
  11. Bahamas Marine Mammal Stranding Event of 15–16 March 2000
  12. www.dosits.org/glossary/pop/lvr.htm
  13. Variation in humpback whale (Megaptera novaeangliae) song length in relation to low-frequency sound broadcasts
  14. Fuller RA, Warren PH, Gaston KJ (2007). "Daytime noise predicts nocturnal singing in urban robins.". Biology Letters 3: 368–70. doi:10.1098/rsbl.2007.0134. 
  15. Milius, S. (2007). High Volume, Low Fidelity: Birds are less faithful as sounds blare, Science News vol. 172, p. 116. (references)
  16. "London is home to the noisiest neighbours". London Evening Standard. http://www.thisislondon.co.uk/standard/article-23714071-details/London+is+home+to+the+noisiest+neighbours/article.do. 
  17. http://www.noisefree.org

[sunting] Pautan luar


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain