Pengawal peribadi
| Pengawal peribadi | |
|---|---|
Dua orang pengawal peribadi melindungi Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan semasa Pameran Hannover 2007 |
|
| Pekerjaan | |
| Nama | Pegawai perlindungan rapat |
| Jenis | Pekerjaan |
| Sektor aktiviti | Keselamatan |
| Pemerian | |
| Kemahiran | Pemain berkumpulan, rahsia, pemerhati, sihat fizikal, tenang di bawah tekanan |
| Pendidikan yang ;diperlukan |
Latar belakang dalam keselamatan, penguatkuasa undang-undang, pasukan bersenjata, lesen memandu |
| Bidang penggajian | Berdekatan VIP |
| Pekerjaan berkait | Pengawal keselamatan |
Pengawal peribadi (atau pegawai perlindungan rapat)[1] adalah sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang biasanya terkenal, kaya, atau dari segi politiknya tokoh penting—daripada serangan, penculikan, pembnuhan, pengintipan, kehilangan maklumat rahsia, seraangan pengganas atau ancaman-ancaman lain.
Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis (contohnya di Amerika Syarikat, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atau Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat). Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit. Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi.