Jabatan Negara Amerika Syarikat
| Jabatan Negara Amerika Syarikat United States Department of State |
|
Mohor Jabatan Negara Amerika Syarikat |
|
| Ringkasan agensi | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 27 Julai 1789 |
| Ibu pejabat | Harry S. Truman Building 2201 C Street,NW Washington, D.C. 38°53′39″U 77°2′54″B / 38.89417°U 77.04833°B |
| Pekerja | 11,500 Foreign Service employees 7,400 Civil Service employees 31,000 Foreign Service National employees[1] |
| Belanjawan tahunan | $27.4 bilion (FY 2010) |
| Eksekutif agensi | Hillary Rodham Clinton, Setiausaha Negara James Steinberg, Timbalan Setiausaha Negara Thomas Nides, Timbalan Setiausaha Negara |
| Tapak web | |
| state.gov | |
Jabatan Negara Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: United States Department of State) ialah jabatan eksekutif persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas hubungan antarabangsa Amerika Syarikat, bersamaan dengan kementerian luar negara di negara lain. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1789 dan merupakan jabatan eksekutif pertama yang ditubuhkan.
Jabatan ini beribu pejabat di Bangunan Harry S. Truman yang terletak di 2201 C Street, NW, agak dekat dengan Rumah Putih di kawasan kejiranan Foggy Bottom di Washington, D.C. Jabatan ini mengelola misi-misi diplomatik A.S. ke luar negara dan bertanggungjawab atas dasar luar Amerika Syarikat dan usaha-usaha diplomasi A.S.
Jabatan ini diketuai oleh Setiausaha Negara yang dicalonkan oleh Presiden dan dipersetuji oleh Senat, sekaligus menanggotai Kabinet. Setiausaha Negara sekarang ialah Hillary Clinton.
Rujukan [sunting]
|
|||||||||||