Pengguna:Ida Harlina Ikhwan Nasir/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia

Datin Ida Harlina bt Ikhwan Nasir
Datin Ida Harlina
Butiran peribadi
Lahir26 Disember 1973
Kanada Ottawa, Canada
PekerjaanPemimpin Masyarakat

YBhg. Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir (K.M.W., A.M.W, B.K.T., P.P.W) merupakan sukarelawan profesional, ahli politik dan juga usahawan.


Datin Dr Ida merupakan sukarelawan pembangunan komuniti yang mendapat latihan secara terus dengan ibunda beliau (Ustazah Wan Haslah bt Wan Hussein) sejak kecil melalui pelbagai platform organisasi kebajikan termasuklah di Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur. Beliau juga masih dalam perkhidmatan sebagai Pengurus di Yayasan Wilayah Persekutuan sehingga kini.

Dari segi pembangunan politik, Datin Dr Ida telah dilatih sejak kecil kerana mengikuti amalan secara tidak langsung arwah ayahanda beliau (Datuk Ikhwan Nasir) yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pontian. Beliau menceburi bidang politik secara serius sejak berumur 18 tahun dan berpengalaman memimpin pelbagai peringkat dalam organisasi politik (UMNO dan BERSATU) dari tahap cawangan, bahagian dan kebangsaan.

Dari segi pembangunan usahawan dan perniagaan, beliau telah diamanahkan untuk berkhidmat di beberapa syarikat termasuklah di Koperasi Srikandi Jaya Berhad sebagai Pengerusi bagi penggal pertama (tahun 2019- 2021).

Akademik

Berbekalkan latarbelakang pembelajaran dan persekitaran agama Islam yang ditimba di SMKA Maahad Hamidiah (1986-1988), beliau meneruskan pelajaran dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (1989-1990).

Seterusnya, beliau menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) Teknologi Maklumat (B.Sc.IT) di Universiti Utara Malaysia (1991-1996).

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di peringkat Ijazah Sarjana Muda beliau meneruskan lagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Sains) Teknologi Maklumat (M.Sc.IT) di Universiti Utara Malaysia (2000-2002) juga.

Tanpa rasa penat dan letih, beliau juga telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran Pengurusan (PHD) di Universiti Utara Malaysia pada November 2023.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Dato' Haji Sobri bin Ahmad.

Kerjaya politik & NGO

Di dalam bidang politik, fokus beliau adalah menyokong kerajaan semasa.

Sewaktu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memegang tampuk kepimpinan kerajaan melalui Barisan Nasional, dalam UMNO, (2000 - 2018) beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Biro Usahawan Puteri UMNO Malaysia, AJK UMNO Bahagian Titiwangsa, Ketua Penerangan & Exco Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Ketua Puteri UMNO Cawangan Keramat Tengah, Bahagian Titiwangsa & Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Keramat Tengah, Bahagian Titiwangsa.

Pada tahun 2018, apabila kerajaan Barisan Nasional tumbang, beliau berpindah keahlian politiknya ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang memegang tampuk kepimpinan kerajaan. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU Malaysia (tahun 2019- 2022) serta Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU Bahagian Titiwangsa (tahun 2019- 2022) (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Pada hari ini, kerajaan diketuai oleh parti Pakatan Harapan, dan beliau sekali lagi menyokong kerajaan semasa dengan meneruskan kerja-kerja kebajikan dan pembangunan pelajaran di Yayasan Wilayah Persekutuan.


Di dalam gerakan NGO, sejak 1997 - kini, beliau pernah memegang jawatan pengurusan di lebih 12 badan NGO peringkat tempatan, negeri, negara dan antarabangsa.

Jawatan Terdahulu:

Pegawai Pengantara (Liaison Officer) di MAJLIS KERJASAMA BELIA ASEAN (C.A.Y.C)

Naib Presiden di PERSATUAN PEMBANGUNAN SIBER MALAYSIA.

Pengerusi di Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMS).

Pengerusi Skuad Puteri, Pergerakan Puteri Islam Wilayah Persekutuan

Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU (PPBM) Malaysia.

Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU (PPBM) Bahagian Titiwangsa

Pengerusi Koperasi Srikandi Jaya Berhad (Srikandi Malaysia)

Pengerusi KHM Desa Pandan, Parlimen Titiwangsa

Jawatan Sekarang:

Setiausaha Agung di Alumni GPMS Kebangsaan

Setiausaha Agung di Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur (KWK)

Penasihat Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP)

Kerjaya

  • Pengalaman Kerja Terdahulu:
  • Pengarah Eksekutif Oren Venture Sdn Bhd
  • Pegawai di Bahagian Kesejahteraan Bandar dan Bahagian Perancangan Dasar, Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Pegawai di Bahagian Perancangan Dasar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
  • Konsultan di MIMOS Berhad
  • Pengurus Akaun di Century Software (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Eksekutif di Sateras Berhad
  • Pengurus di Poliperkasa Sdn Bhd

Jasa dan sumbangan

  • Pada tahun 2006-2011 Beliau adalah Wanita pertama menjadi Pegawai Pengantara (Liaison Officer) Majlis Kerjasama Belia ASEAN, yang bertanggungjawab membantu Setiausaha Agung CAYC menyelaras pergerakan dan halatuju belia peringkat negara-negara ASEAN (10 buah negara)
  • Pada tahun 2007: Penggerak awal inisiatif Cyber Development Corps – United Nations, yang diketuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, yang bertujuan membangunan ICT melalui MIMOS Berhad (tahun 2007) dan melalui Persatuan Sukarelawan Siber Malaysia (tahun 2009), yang memberi fokus kepada usaha pembangunan sukarelawan (terutamanya belia) membina kemahiran STI (sains, teknologi & inovasi) dan pusat-pusat InfoSTI, seluruh Malaysia
  • 17 Januari 2010: Presiden Wanita yang pertama mengetuai mana-mana kepimpinan Majlis Belia Negeri di Malaysia, sejak Majlis Belia Malaysia ditubuhkan 66 Tahun lalu. (MBM ialah majlis induk yang menaungi persatuan belia peringkat Malaysia; yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia, selaras Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia 2007).
  • 17 Januari 2010: Presiden Wanita yang pertama mengetuai barisan kepimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan, sejak ditubuhkan 26 tahun lalu. (MBWP ialah majlis induk yang menaungi persatuan belia peringkat Wilayah Persekutuan; yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia, selaras Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia 2007).
  • Jun 2010: Pengasas penubuhan dan Lembaga Pengarah ‘Pusat Belia Kuala Lumpur’, Jalan Tuanku Abdul Rahman, bangunan 9 tingkat, yang menempatkan pejabat operasi MBWP di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, incubator ofis untuk persatuan-persatuan belia di WP, dewan latihan dan multipurpose, asrama belia dan hotel belia, pusat siber rakan muda dan café.
  • 20 Jun 2012 – Jun 2013: Wanita Pertama dan Satu-satunya Wanita menjadi Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Majlis Belia Malaysia.

Lihat juga

Pautan luar