Pengguna:Jeluang Terluang/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Mossim[sunting | sunting sumber]

Syed Mohsin bin Salleh al-Jooffree[1][2][3] (juga dieja Syed Massim bin Sallie al-Jeoffrie[4][5]; 1809 – 18 Mei 1894) ialah seorang ahli perniagaan Arab yang berpangkalan di Singapura. Beliau tiba di Singapura pada tahun 1834 sebagai seorang nakhoda sebuah kapal dagang Arab. Kemudiannya, beliau mengumpul beberapa wang lalu membeli sebuah kedai kecil di Lorong Arab. Seterusnya, beliau memperoleh wang yang banyak serta membeli kapal api (kapal wap), kapal layar, rumah dan tanah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan dan hartanya merosot lantaran pembukaan Terusan Suez dan perhubungan yang makin pantas. Pada tahun 1891, beliau menyerahkan urusannya kepada pemegang amanah bagi pemiutangnya. Ketika itu jugalah beliau mula hilang penglihatannya. Pejabatnya yang digunakan selama ini terletak besebelahan Bank Ketimuran. Beberapa minggu sebelum kematiannya, beliau mula jatuh sakit. Anak keduanya meninggal dunia pada 16 Mei 1894 setelah dua hari demam namun Syed Mossim tidak diberitahu akan kematian anaknya lantaran sakitnya beliau saat itu. Dua hari kemudian pada pagi Jumaat 18 Mei 1894, Syed Mossim meninggal dunia ketika berumur 85 tahun. Beliau dikebumikan di kubur Kampong Kapor (atau Perkuburan Arab di Jalan Victoria) pada pukul 2 petang hari yang sama. Majlis pengebumian beliau dihadiri oleh ramai orang yang kebanyakannya orang Arab dan penduduk Eropah yang sudah tua.[6][7][8]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai empat orang anak lelaki. Yang sulungnya bernama Syed Abdullah iaitu seorang pedagang seperti bapanya serta berdagang di Berau. Anak bongsunya telah berkahwin dengan seorang wanita yang masih hidup di Singapura setakat Ogos 1964.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Beka Melayu[sunting | sunting sumber]

Beka Melayu, atau jarang sekali lidah Malayaw, ialah suatu gerakan pemurnian bahasa Melayu daripada pengaruh bahasa asing seperti bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain sambil mengutamakan kata-kata asal dialek daerah dan bahasa serumpun seperti bahasa Jawa, bahasa Minangkabau, bahasa Iban dan sebagainya.[1] Istilah "Beka Melayu" itu diambil daripada perkataan beka dan Melayu. Perkataan "beka" bermaksud "bercakap-cakap" atau "berbual-bual" menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu[2] dan diambil sebagai padanan dalam bahasa Tagalog iaitu wika.[3] Beka Melayu merupakan sejenis bahasa buatan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haziq Abd Rahim (21 Oktober 2019). "Channel Youtube Ini Dedah Bagaimana Keadaan Bahasa Melayu Tanpa Pengaruh Arab, Inggeris, Sanskrit, Hokkien". ajar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  2. ^ "Kamus Bahasa Melayu - "beka"". prpm.dbp.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  3. ^ Alam Bahasa (4 April 2019). "Beka Melayu: Lumpuk Ujar Dalam Pemerintahan". The Patriots. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  4. ^ "Resipi Untuk Membuat Bahasa Tiruan". myinfokini.online. 12 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.


Faridah Aryani Abdul Ghaffar[sunting | sunting sumber]

Faridah Aryani binti Abdul Ghaffar (lahir pada tahun 1974, di Johor Bahru) ialah seorang juruaudit sosial yang bertanding pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019 sebagai calon bebas. Beliau bertanding demi mewakili golongan B40 dan kumpulan Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM). Beliau memulakan kempen pilihan rayanya pada 8 November 2019.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah seorang ibu tunggal dengan empat orang anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Hazlin Hussain[sunting | sunting sumber]

Hazlin Hussain (lahir 16 Disember 1983) ialah seorang pengacara Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rock (siri filem)[sunting | sunting sumber]

Rock ialah siri filem komedi muzikal Malaysia yang terdiri daripada trilogi filem Rock yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid. Ketiga-tiga filem dalam siri ini diterbitkan oleh Grand Brilliance. Khir Rahman telah membintangi ketiga-tiga filem tersebut.

Filem[sunting | sunting sumber]

Rock (2005)[sunting | sunting sumber]

Rock Oo! Rimba Bara Kembali (2013)[sunting | sunting sumber]

Rock Bro! (2016)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia Berhad (singkatan MACP) ialah sebuah badan bukan kerajaan yang...

Rujukan[sunting | sunting sumber]