Mamat Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mamat Khalid
Lahir Mohamad bin Mohd Khalid
Ipoh, Perak
Pekerjaan Pengarah filem, Penulis lakon layar, Penyunting filem, Pelakon
Tahun aktif 2003 - kini
Laman web
http://tempurungpecah.blogspot.com

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid[1] ialah seorang penulis lakon layar dan pengarah filem di Malaysia. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]

Isi kandungan

[sunting] Biografi

[sunting] Kerjaya awal

Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian.[3]

Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang. "Pada mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7 dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL malah sarat dengan hikayat lain seperti Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya." Bagaimanapun, Enfiniti Productions yang menerima cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam, arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.[4] Filem Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal dalam sejarah[5], sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004.[6] Namun demikian, filem ini turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice[7] dan di Los Angeles.[8]

[sunting] 2003–kini: Menjadi pengarah

Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutif Grand Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai 'formula yang serba berlainan' seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.[3] Filem yang menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta dari 27 buah pawagam.[9]

Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan mesej bahawa dilema yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an: "Itu yang cuba Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan teman wanita."[10] Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat dari Festival Filem Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.

Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia[11], biarpun tidak dikenali memegang apa-apa peranan dalam industri muzik selain menjadi pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.[12] Di samping itu, beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).[13]

Ketika memberi ucapan semasa Anugerah Skrin selepas dinobat Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin untuk filem Kala Malam Bulan Mengambang

Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21, iaitu Kala Malam Bulan Mengembang (2008), sebuah filem noir yang dibintangi Rosyam Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani ulasan positif[14], namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik.[15]

Filem Estet arahan Mamat Khalid keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.[16] Sungguhpun mendapat pujian pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000 dari 47 buah pawagam.[17] Meskipun begitu, Mamat Khalid sekali lagi merasai kejayaan besar selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta dari 39 buah pawagam, mengekori filem Ngangkung sahaja.[17]

Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.[18]

[sunting] Filmografi

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2003 Lang Buana

Grand Brilliance

Pengarah, lakon layar, muzik
2004 Puteri Gunung Ledang

EnfiniTi Production

Lakon Layar
  • Lakon Layar Terbaik FFM 18 bersama Saw Teong Hin
2005 Rock

Grand Brillance

Pengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik
2006 Man Laksa

Tayangan Unggul

Pengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik
  • (Pencalonan) - Lakon Layar Terbaik FFM 19
  • (Pencalonan) - Cerita Asal Terbaik FFM 19
Tipah Tertipu The Movie

Excellent Pictures

Cerita Asal- bersama Bront Palarae
Lakon Layar- bersama Ahmad Idham
2007 Zombie Kampung Pisang

Tayangan Unggul

MK

Pelakon Undangan
Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal

2008 Kala Malam Bulan Mengambang

Tayangan Unggul

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Dunia Baru The Movie

Grand Brillance

Tauke Stesen Minyak

Pelakon Undangan

2009 My Spy

KRU Studios

Orang Kaya

Pelakon Undangan

2010 Estet

Naga VXS

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penerbit
Penulis Skrip
Penataan Seni
  • Anugerah Khas Juri FFM 23
  • (Pencalonan) - Pengarah Terbaik FFM 23
  • (Pencalonan) - Lakon Layar Terbaik FFM 23
  • (Pencalonan) - Cerita Asal Terbaik FFM 23
  • (Pencalonan) - Penataan Seni Terbaik FFM 23
Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tayangan Unggul

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Akan Datang Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Tayangan Unggul

Pengarah
Apokalips

Tayangan Unggul
Naga VXS

Pengarah
Rock Ooo Pengarah

[sunting] Anugerah

2001: Anugerah Skrin

[sunting] Nota dan rujukan

  1. Mamat Khalid di Sinema Malaysia
  2. 2.0 2.1 Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com. http://star-ecentral.com/services/sprinterfriendly.asp?file=/2005/7/22/movies/11352728&sec=movies. Capaian 2007-04-24. 
  3. 3.0 3.1 Zieman. "New formula for Senario film", The Star, 28 Jun 2003. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  4. Suzan Ahmad. "Keampuhan Mamat Lahir PGL", Berita Harian, 14 Mei 2003. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  5. Mumtaj Begum. "Puteri Gunung Ledang musical", The Star, 14 Oktober 2005. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  6. TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  7. "Puteri Gunung Ledang To Be Shown In Venice", Malay Mail, 7 Ogos 2004. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  8. Suraiya Mohd Nor. "PGL 'cemar duli' di Los Angeles", Berita Harian, 23 Disember 2004. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  9. TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2003, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  10. Shakilawati Abd Rahman. "Rock Papar Dilema Anak Seni", Utusan Malaysia, 27 November 2008. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  11. Azhariah Kamin. "Most popular one wins", The Star, 7 Ogos 2006. Dicapai pada 21 Disember 2009. 
  12. Festival Filem Malaysia Ke 19 (2006), Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  13. Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid, Budiey.com, 7 April 2007. Dicapai pada 21 Feb 2011.
  14. Nurulhisham Abdul Latiff. "Kutipan Rendah Kerana Hollywood", Utusan Malaysia, 6 Jun 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009. 
  15. [Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008)], Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  16. Bissme S.. "Unity through Estet", theSun, 5 Mac 2009. Dicapai pada 21 Disember 2009. 
  17. 17.0 17.1 TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Diambil 21 Feb 2010.
  18. Siti Azira Abd Aziz. "‘Kelip-Kelip’ Siti Nurhaliza masuk pawagam", mStar, 20 Oktober 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009. 

[sunting] Pautan luar